Tuesday, April 6, 2010

Anda Bijak Jauhi Zina (@ Atas Nama Cinta)

Assalamualaikum..

Lama saya menyepi...sibuk..tak ada cerita menarik utk dikongsi..
Macam2 peristiwa berlaku selama 3 bulan lepas...family, office...
letih kalau nak cerita satu persatu....cuma kesimpulannya..Allah menguji kami agar kami belajar sesuatu...agar kami bersyukur...Allah Maha Mengetahui...

Entry ni saya ingin berkongsi salah satu program yang saya anjurkan untuk para pelajar saya. Program ini adalah program motivasi dengan kerjasama Rumah Raudhatus Sakinah (ummi rose and team) bagi mendidik anak2 didik saya tentang peri pentingnya menjauhi zina..terima kasih kepada sahabat saya : Siti Faieqah (Fiq) yang memberi idea untuk saya melaksanakan program ini di tempat saya bekerja..kronologi yang panjang..masalah yang menguji kesabaran...tapi Alhamdulillah..berjaya dilaksanakan juga..itu yang penting..yang lain2nya saya serahkan kepada Allah taala...kerana niat saya hanya satu, pendedahan kepada pelajar2 saya tentang isu gejala sosial yang membimbangkan..saya tak mampu nak menasihati mereka seorang demi seorang...jadi program ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan moga terkesan dalam diri mereka selamanya...Amin..

Program dimulakan seawal 8.30 pagi sesi pendaftaran..kemudian sesi ceramah tentang hakikat kejadian insan, cinta dan kemudiannya sesi yang mengundang perasaan sayu..sedih apabila imej bayi2 terbuang di tayangkan...sesi motivasi juga menunjukkan tentang alat2 yang digunakan untuk menggugurkan kandungan..kisah benar pelatih rumah Raudhatus Sakinah..dan imej2 ngeri serta kesan yang ditunjukkan tentang penyakit2 kelamin yang boleh dijangkiti..

Akhirnya adalah peserta diajak berdoa bersama-sama dengan doa yang meruntun jiwa..kekesalan yang diluahkan mengundang airmata peserta termasuk juga pensyarah2nya..:-) . 

kita tengok gambar-gambarnya..




Bersama pengarah program dan team RS..2 dr kanan iaitu Kak Sally dan Kak Ros(ummi)..

Selepas ni program yang akan saya anjurkan adalah Kursus Pengurusan Jenazah...InsyaAllah..
Rabbi yassir wala tuassir..Rabbi At Mim bil Khair..

No comments: