Thursday, October 14, 2010

saya juga punya hati dan perasaan..

Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana masih bernafas pada hari ini....dalam baki kehidupan yang ada. Syukur kerana tak menanggung sakit kronik, walaupun nikmat sihat sepenuhnya Allah tarik sikit..Dia bagi selsema...bagi sakit gusi. Syukur kerana masih mampu mendengar suara garau tapi prihatin seorang ayah, suara lembut seorang ibu semasa call pagi tadi. Syukur kerana masih punya wang untuk berbelanja makan pagi tadi...makan nasi goreng, sayur lemak pedas nangka dan tongkeng ayam..lazat!..makan meehun goreng pulak tengah hari tadi..

Syukur kerana masih punya kerja untuk dibuat..masih ada masa utk chat ngan kawan-kawan kat FB. masih punya masa untuk rehat2..masih punya masa untuk tafakur sejenak..
lalu, nikmat Allah manakah lagi yang kamu dustakan?

lalu, apa kena mengena dengan 'tajuk macam tak puas hati tu?'
hati saya terguris dengan sesetengah statement org..pasal anak..pasal zuriat. Adakah itu tandanya saya tak bersyukur? kalau ya...saya memohon keampunan Allah..tapi saya juga punya hati dan perasaan..ada yang tanya
a.   Dulu, masa pg umrah ngan haji tak doa ke mintak rezeki anak..tak makbul ke doa kamu?
aduhh..pedih mengguris...tahukah mereka yang itulah doa tak putus2 yang kupohon..buat masa ni belum makbul..belum lagi..tapi bukankah Allah itu sebaik-baik perancang...akupun tak punya jawapan..

b.  Tak pernah try berubat ke? aduh..pedih, mengguris..perlukah saya ceritakan satu persatu langkah dan rawatan yang kami ambil? perlukah bercerita berapa yang dihabiskan untuk usaha ini? tak..tak perlu..senyum saja..senyum dan senyum lagi..berlalulah pergi, segera! kalau tidak mampu lagi..

dan selalunya soalan akan diikuti dengan

c.  Apa kata cuba buat itu..ini...
Ya, betul! kawan-kawan yang memberikan cadangan, cuma nak bantu..ya betul..tapi kadang-kadang saya cuma nak anda berkata:

"Takpa mengapalah Siti Hanim, setiap rezeki itu milik Allah...kalau Allah tak bagi, siapalah kita untuk mempersoalkannya..kita cuma hamba..terimalah apa jua bentuk dugaan dan bahagian yang Allah beri ni..Semoga hidup kamu tetap ceria dan bahagia walaupun tak punya zuriat.."

kerana apa...kerana saya ni lemah..saya selalu tanamkan secara positif di fikiran, di hati saya tentang ketentuan Allah ini, tapi bila ada cakap2 ... saya tewas..tewas dengan hasutan syaitan menyebabkan saya jadi sedih..ya Allah...ampunkanlah saya..ampunkanlah saya..yang selalu kalah dengan hasutan dan bisikan syaitan...
Astagfirullah hal azim...  

Saturday, October 9, 2010

Selamat berangkat sahabatku..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Aku baru balik dari Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya..menghantar sahabatku yang sama-sama belajar kat UPM dulu berangkat menunaikan haji. Alhamdulillah..seronoknya dapat jumpa Ima setelah beberapa tahun tak jumpa...selalunya through phone je contact.

perasaan.? sedih dan gembira..memang inilah perasaan aku apabila dapat khabar orang/sahabat nak pergi haji. Tumpang gembira..dan sedih sebab rasa nak ikut..tapi of course lah tak boleh kan?

Ima akan menunaikan haji bersama suami dan mak mertua beliau. Penerbangan pertama (KT 1). Selamat berangkat sahabatku..semoga beroleh haji yang mabrur..Aminnnnn...

posing dulu sebelum masuk mendaftar...doa kami mengiringi kalian semua para jemaah..Aminn..

Friday, October 8, 2010

simpan...buang..?

Assalamualaikum

Hari ni sesi mengemas barang-barang kat opis..aduhai..banyak betul kertas yang nak dilupus..
ada nota lama..ada answer scripts lama..ada paper recycle..fuhhh..
kenapa nak kemas? sebab opis akan di'renovate'..agak teruja jugak nak tengok suasana baru nanti. Meja baru..cubicle baru..rak baru..semangat? mungkin akan dapat semangat baru nanti..

bila sesi mengemas2 ni..banyak tul kertas2 and barang2 nostalgia yang nak dibuang. Mine? buku saja dah 2 kotak..buku ilmiah..buku cerita..buku2 agama..nak bawak balik ke rumah? tak yah la..masukkan dulu dalam kotak, nanti kalau dapat rak baru..susun semula.

nota2 lama yang dijadikan modul..nostalgia titik peluh translate buku, nota dari Internet utk dijadikan nota..nak buang sayang..tapi last2 buang jugak sebab dah ada softcopy. Nanti kalau perlu, print lagi..

ada lagi satu kotak nak sort..harta karun..rehat jap..sat lagi sambung balik..aduhaiiiiii...

Mahani and Liza tgh buat proses sorting (1)
Liza and Mahani tengah buat proses sorting(2)

Wednesday, October 6, 2010

Rakaman kenangan..4-7 Ogos 2010

Di hadapan Silver Pagoda

 Pose kat Imigresen @border Cambodia/Vietnam
Menikmati makan tengahari di atas bot semasa on the way balik ke Phnom Penh dari Chao Doc, Vietnam

 bersama Mufti Cambodia : Tn Haji Kamaruddin Yusof dan beberapa pegawainya..

Tuesday, October 5, 2010

Cambodia/Vietnam : Ogos 2010..

Menjejak Sejarah, Menjalin Ukhwah @ Cambodia & Vietnam merupakan program Internationalization yang julung-julung sekali diadakan bagi sekolah Sains Maklumat dan Kejuruteraan pada 4-7 Ogos, 2010 yang lalu. Program ini disertai oleh 8 orang pelajar dari program DTM, DTMM, DRG dan SSK serta 4 orang pensyarah iaitu Puan Siti Hanim, Pn Juliana, Cik Zamida dan Cik Zurina. Dua buah bandar dari 2 buah negara yang dipilih pada lawatan kali ini ialah Phnom Penh, Cambodia dan Chao Doc, Vietnam.

Program selama 4 hari 3 malam ini berbentuk program kemasyarakatan(community service) iaitu para peserta membawa sedikit sumbangan iaitu berbentuk sumbangan kenduri (1 ekor lembu), barangan berupa AlQuran, muqaddam, sejadah dan kitab surah yasin dan sumbangan wang tunai bagi wakaf perigi. Sumbangan-sumbangan ini ditaja oleh individu, pihak NovaLab Sdn Bhd dan Kolej PTPL Shah Alam sendiri yang dikumpulkan seawal bulan Januari lagi. Sumbangan yang dibawa diserahkan kepada Mufti Cambodia iaitu Tuan Haji Kamaruudin Yusof @ Okhna Haji Kamaruddin Yusof.
Selain daripada itu para peserta berpeluang merasai suasana kenduri dan permainan sukaneka anak-anak penduduk Melayu Cham yang diadakan di Kampung Cham, Chao Doc, Vietnam.

Berikut adalah antara ringkasan aktiviti yang dilangsungkan sepanjang lawatan ke sana.

Hari 1 (4/8/2010) - Rabu
Para peserta berkumpul seawal jam 10.00 pagi di Kolej PTPL Shah Alam, untuk bersama-sama ke LCCT. Tiba di LCCT pada jam 12.40 tgh dan terus ke kaunter daftar masuk untuk bagi penerbangan pada jam 2.50 ptg. Alhamdulillah setiap urusan daftar masuk berjalan lancar dan tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh pada sekitar jam 4.30 ptg. En Rasat selaku tour guide dan wakil dari Al Ameen Serve Holding iaitu agensi yang mengurus lawatan ini telah sedia menunggu. Peserta dibawa untuk check in di Hotel Mekong Palace iaitu sebuah hotel yang mengadap Sungai Mekong, sungai yang ke 10 terpanjang di dunia yang merentasi negara China, Myammar, Laos, Kemboja, Vietnam dan Thailand. Setelah siap check in, peserta dibawa menikmati makan malam dan melawat sekitar bandar Phnom Penh. Peserta kemudiannya dibawa ke Pusat Islam Cambodia untuk bertemu dengan Mufti Cambodia bagi menyampaikan sumbangan yang telah dibawa. Tuan Haji Kamaruddin memberikan sedikit penerangan tentang sejarah Melayu Champa dan sejarah kekejaman rejim Pol Pot. Wakil dari pihak PTPL iaitu saudara Ismail bin Ahmad Hamdan turut menyampaikan ucapan penghargaan dan salam ukhwah. Selesai sesi penyerahan sumbangan para peserta pulang ke hotel untuk berehat.

Hari 2 (5/8/2010) – Khamis
Hari kedua dimulakan seawal 7.00 pagi apabila para peserta dibawa untuk menikmati saparan dan terus check out dari hotel Mekong Palace untuk bertolak ke Kampung Cham, Chao Doc, Vietnam menaiki van dengan diiringi oleh 2 orang pemandu pelancong iaitu En Rasat dan Cik Azizah. Perjalanan mengambil masa 4 jam melalui jalanraya yang agak sibuk dan kecil(2 lane) iaitu boleh dipanggil sebagai jalan persekutuan kalau di Malaysia, dan melalui 2 check point di sempadan Cambodia, Vietnam. Para peserta sampai di bandar Chao Doc dan check in di hotel Trung Nguyen.
Kemudian dibawa menaiki bot ke perkampungan Melayu Cham dan turut serta menikmati kenduri serta sukaneka bersama anak-anak kampung tersebut. Program tersebut turut dihadiri oleh wakil dari kerajaan Vietnam, Ketua Kampung, wakil dari Bahagian Sekolah, dan penguasa tempatan. Di akhir program, sesi berbalas cenderamata diadakan dimana cenderamata yang dibawa diserahkan kepada 80 orang kanak-kanak kampung Cham. Peserta kemudiannya balik ke hotel untuk berehat sekitar jam 6.30 ptg. Pada sebelah malamnya, peserta kemudiannya dibawa menikmati makan malam di atas bot. Ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana untuk tiba ke restoran atas bot berkenaan, para peserta dibawa menaiki sejenis basikal roda tiga dan restoran bot berkenaan bergerak di sekitar Sungai Mekong dari mula hinggalah tamat masa makan serta dilengkapi dengan karaoke. so sakan jugaklah para pelajar berkaraoke. apatah lagi bila beberapa orang pelancong asing pun join sekali!..

Hari ke 3 (6/8/2010) : Jumaat
Hari ketiga dimulakan dengan menikmati sarapan pagi iaitu mee sup vegetarian. Kemudian bergegas untuk check out dari hotel dan menuju ke perkampungan nelayan bagi menyaksikan bagaimana ikan diternak di dalam sangkar. Penternakan ikan di dalam sangkar ini diusahakan secara komersial oleh penduduk di sekitar sungai Mekong dan mereka juga turut menghasilkan sendiri makanan ikan menggunakan campuran antah padi dan kangkung. Kami kemudiannya dibawa melawat perkampungan melayu Cham yang menjual barangan kraf buatan sendiri. Perjalanan diteruskan dengan menaiki bot untuk pulang ke Phnom Penh melalui jalan air. Pengalaman menarik yang mengambil masa dari jam 9 pagi dan sampai di Phnom Penh pada jam 3.30 petang (6 jam). Di sepanjang perjalanan, para peserta mengambil kesempatan untuk menikmati keindahahan pemandangan dan melihat keadaaan rumah-rumah yang ada di tepi sungai tersebut. Dan sekali lagi 2 kali proses check in/out di sempadan Cambodia/Vietnam terpaksa dilalui yang dilakukan di atas pelantar dan ditebing sungai Mekong. Setiba di Phnom Penh, kami sekali lagi mendaftar masuk ke hotel Mekong Palace dan kemudiannya dibawa membeli belah di Pasar Central atau dikenali dengan Rsa Market. Pada sebelah malamnya kami dibawa untuk makan malam dengan hidangan tomyam versi Cambodia yang sangat enak dan sesi urut menghilang lenguh dan letih kaki tangan turut diambil oleh beberapa orang peserta. Yang nyata, tidur kami pada malam tersebut amat lena sekali dek kerana keletihan.

Hari ke 4 (7/8/2010) : Sabtu
Aktiviti dimulakan dengan sarapan pagi dan seterusnya kami dibawa ke Muzium Toul Sleng iaitu sebuah sekolah yang telah dijadikan markas tempat penyiksaan semasa rejim Pol Pot memerintah pada tahun 1975 hingga 1979. Muzium ini menyimpan alatan yang digunakan untuk menyiksa tahanan dan bilik-bilik tahanan yang masih lagi mempunyai kesan darah dan peluru. Kepiluan dan keinsafan jelas terbayang pada wajah peserta apabila melihat gambar-gambar mangsa kekejaman rejim Pol Pot ini.
Kami kemudiannya dibawa ke Pasar Tsmey untuk membeli barangan kenangan untuk dibawa pulang. Selesai membeli belah, kami dibawa balik ke hotel untuk check out dan kemudiaanya menikmati makan tengahari di restoran Cik Azizah dan bertolak ke lapangan terbang pada jam 2.00 petang. Urusan check in di airport berjalan lancar dan kami kemudiaannya berlepas pada jam 5.00 ptg dan sampai di LCCT sekitar jam 7.30 malam.

gambar-gambar akan menyusul kemudian..hihihii..panjang cerita kami ni..

Saturday, June 12, 2010

I'm not hiding..I'm still here...Lillah hi taala..

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak menaip kat sini..yes! it has been months..
husband pun dok sibuk tanya apesal tak update blog..banyak peristiwa yang boleh diceritakan tapi masa tak ada..
bila ada masa..idea plak tak ada..

2 3 bulan ni banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan..aktiviti utk staf, aktiviti utk students. At our College, staff academic bukan hanya mengajar, we have to nurture our students through activities. And that activities are categorized by mentoring, creative teaching, CSR (Community Service) ..fun based etc... Lecturers in every Faculty(we call it School)are group into 5-6 people and will be given 3 categories of programme to handle. My group pun tak terkecuali..We have to complete all 3 activities.

As for me, apart from that tasks, I was assigned other tasks as well..tu yang jadik sibuk sikit. Handle "Kursus Pengurusan Jenazah", International Community Service trip to Cambodia and Vietnam, and Kempen "Teaching at heart" for Lecturers.

And aku pun tambah lagi satu..Program "Atas nama Cinta @ Anda Bijak Jauhi Zina" sebab tak larat nak tengok kes2 orang bunuh anak ni..

Ada yang tanya, kenapa nak buat semua ni..cukup ke masa..ada yang kata akak hebat tu sebab bos suruh akak buat..

Jawapan nya adalah
1) tanggungjawab dan amanah. Bila diberi tanggungjawab..dan amanah ini, kita mesti sedaya upaya cuba buat..

2) aku bukan hebat..bukan nak tunjuk hebat..bukan tapi aktiviti-aktiviti ni aku rasakan perlu untuk future (bg students). Kalau kita tak buat students tak ada experiences, tak ada exposure,tak ada skills.

3) Masa memang tak cukup..kami berusaha sedaya upaya bila ada aktiviti nak kena handle..kalau aktiviti group lain pun selalunya aku akan tolong to make it work..team spirit..(suka sibuk2..hihihi)

So apabila dah usaha kalau Allah tak izinkan..aku REDHA..sekurang-kurangnya kita dah cuba..

My extra programmes tu telah dijalankan (Kursus Pengurusan Jenazah dan Atas Nama Cinta). And both turned out well..Alhamdulillah dengan berkat pertolongan Allah..disamping sokongan rakan-rakan yang lain.

Now, 1 lagi program yang mencabar dan mendebarkan..Internalization (Community Service @ Cambodia and Vietnam). Tarikh yang dipilih : 4-7 OGOS 2010. Ape nak buat kat sana? Serahkan sumbangan to the needy kat sana(Pejabat Mufti Cambodia, Pusat Islam Cambodia and Perkampungan Melayu Campa @ Chao Doc, Vietnam). Gotong Royong bersihkan masjid, kenduri and sukaneka bersama penduduk kampung. Program2 ini bakal diuruskan oleh Al Ameen Serve Holding iaitu Company yang menguruskan akikah dan qurban di Cambodia selama 17 thn. so InsyaAllah we are with the expertise kat situ..tak risau sangat. Visit http://www.korbanaqiqah.com.my/portal/ or http://alameenserve.com/

Program ini no doubt agak mahal untuk students kalau tak ada tajaan..walaupun telah dirancang sejak April lagi..we are still lacks of dana..Dana ini adalah dana untuk membayar separuh dari perbelanjaan yang pelajar perlu keluarkan. Harga sebenar RM1300/person. After a few dana..we manage to cut it to RM 900. Alhamdulillah..Kami jugak akan mengadakan jualan, tayangan amal, and kerja2 to collects money...sapa buat ni? Lecturers and the students...

Problem is students masih rasa RM 900 tu mahal..so not many wants to join so aku and team masih lagi berusaha nak mengurangkan kos pelajar2 ni..
InsyaAllah...kita usaha..Allah yang menentukan..

Ada yang tanya..why do you choose Cambodia?...The idea came to my head bila baca from majalah Anis tentang program Akikah dan Qurban yang dianjurkan..
tentang kesusahan masyarakat Islam kat sana..
tentang daging tu hanya dapat dirasai 1 thn sekali..
tentang hari2 kadang2 hanya makan bubur utk jimatkan beras..
tentang masjid2 mereka yang perlukan bantuan utk dibina ..
tentang bekalan air bersih yang susah utk diperolehi..
Masyarakat Islam di sana bukan lah masyarakat yang ditindas..tapi mereka perlu berusaha sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup..
mereka memerlukan bantuan dan sokongan kita..semoga dengan bantuan yang dihulurkan, mereka tahu yang kita ambil berat...dan keimanan mereka menjadi teguh..

Dan yang paling penting apabila ditanya di akhirat kelak kepada kita :
" apakah kamu telah menunaikan hak jiran2 kamu, hak saudara2 kamu? " kita mampu menjawab bahawa ..kita telah berusaha untuk menunaikan hak jiran kita hak saudara2 kita..

LILLAHI TAALA..Kerana Allah taala.. itulah yang aku selalu tekankan dalam hatiku..dalam fikiranku..program ini adalah terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan usaha jihad ke bumi Palestin, tapi aku berharap..semangatnya nanti akan terus membara dalam diri setiap pelajar yang dibawa..supaya mereka ni nanti akan meneruskan usaha2 untuk berbakti kepada seluruh masyarakat yang memerlukan bantuan..terutamanya saudara seagama...Amin..

so dear friends..doakan kami ya..Amin..

Friday, April 9, 2010

Song : We Will Not Go Down In Gaza Tonight by Michael Heart

Assalamualaikum warahmatullah..


This is one of the videos that put tears in my eyes...semasa program ABJZ baru-baru ni..
Mereka berkorban demi cintakan ISLAM, tanahair, bangsa..ibubapa..tapi kita di sini?

JOM tonton ..




We Will Not Go Down In Gaza Tonight



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive



They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze



We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools



But our spirit will never die
We will not go down



In Gaza tonight



Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right



But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze



We will not go down



In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down



In Gaza tonight