Thursday, October 29, 2009

Makkah..Arafah..Mudzalifah...Mina...Makkah (3)

Luar kawasan khemah di Arafah

Saat untuk wukuf pun tiba...
Agak malang sistem suara di khemah2 kami tidak ok..kami tidak dapat mendengar khutbah Arafah, ada jemaah lelaki tumpang dengar dari khemah-khemah lain berhampiran. Tetapi mujurlah ada Ustazah Fatimah ElZahra yang juga penceramah terkenal tu turut serta dalam kumpulan jemaah zahafiz. Beliau telah memberi tazkirah sebelum solat jamak zohor dan asar pada hari tu...terubat jugalah sedih di hati apabila dipikir2kan balik. Kemudian baki masa yang ada digunakan dengan sepenuhnya untuk memohon keampunan dari Allah taala atas segala dosa-dosa lampau. Berdoa sesungguh hati untuk kedua ibubapa, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Air mata tak tertahan kan...sedih...takut..mengenang dosa yang telah kulakukan. Ya Allah, ampunilah aku...ampunilah kami...

Ada seorang jemaah wanita(rasanya dia dah pernah buat haji) yang kujumpa di bilik air telah memberikan nasihat berguna kepadaku...kata dia "Dik, nanti banyak2kan berdoa..saat diantara hampir terbenamnya matahari adalah saat dimana pintu langit dibuka...mintalah dik..mintalah pada Allah semua yang dihajati..mintalah ampun atas dosa2 kita".
Dari khemah Lelaki
Selepas masuknya waktu Asar, kami para jemaah diminta berkumpul utk taklimat keberangkatan ke Mudzalifah. Disusun aturan untuk menaiki bas...dan kemudian kami diminta berkumpul mengikut kumpulan mahram masing-masing cthnya husband and wife..anak dan ibubapa dan sebagainya utk membolehkan kami mencari tempat yang sesuai untuk berdoa bersama-sama. Aku jumpa husband..mohon maaf daripada dia dan kami keluar dari kawasan khemah lalu mencari tempat dan mula berdoa..SubhanAllah..Alhamdulillah..Allah hu Akbar...

Ketika hampir menjelangnya matahari terbenam, aku mengingatkan husbandku utk berdoa...sekali lagi kami sama-sama memohon doa. Setelah kembali ke tanahair, antara cerita yang kedengaran adalah pada waktu itu ada jemaah yang dapat melihat tulisan Allah, Muhammad, La ila haillallah..muncul di langit. kami tak nampak..Allah tak izinkan kami untuk melihat kebesaranNya itu. Namun aku bersyukur ditemukan dengan kakak jemaah yang memberikan nasihat pada aku tadi...dan bersyukur aku diberi kesempatan utk berdoa..
Dari khemah wanita


lagi..nanti..

Makkah..Arafah..Mudzalifah...Mina...Makkah (2)

Assalamualaikum..
Perjalanan menuju ke Arafah kami bermula selepas zohor 8 Zulhijjah, walaupun asal perancangannya adalah sekitar jam 9 pagi. Jemaah dipanggil mengikut aras masing-masing. Kami dari aras 8 dan 9 digabungkan. Apabila turun ke lobi hotel bas telah sedia menunggu. Kami beratur bersama-sama mahram masing-masing. Dalam perjalanan kami berdoa bersungguh-sungguh agar segala dipermudahkan. Jalan agak sesak dengan kenderaan. JAMMED...
Kelihatan dari jauh, ada pelbagai jenis bas, aircond, tak de aircond..even ada ada bas yang jenis lama dimana bumbungnya juga dimuatkan dengan jemaah. Terasa insaf dalam hati...sekurang-kurangnya bas kami ini elok keadaannya. Malah salah satu bas jemaah kami rosak dipertengahan jalan. Mujurlah ada yang membantu jemaah2 tersebut. Apabila masuk waktu Asar, kami diingatkan untuk solat asar kerana takut tak sempat kalau sampai di Arafah nanti. Untuk kali pertama dalam hidupku, aku solat atas kenderaan(bas). Pada masa inilah spray (yg biasa digunakan utk iron baju tu) penting. Kami guna utk berwuduk. Bagi jemaah wanita agak susah sikit nak ambik wuduk sebab perlu jaga aurat..tetapi alhamdulillah Allah permudahkan.

Tiba di Arafah menjelangnya maghrib. Kami ditempatkan di dalam khemah masing-masing dimana semua jemaah wanita diletakkan di 2 khemah besar kalau tak silap aku..begitu juga dengan jemaah lelaki. Ketika ni aku tercari-cari juga roomateku, tapi dah tak nampak..terpisah. Solat ketika di Arafah, Mudzalifah dan Mina dikerjakan secara jamak tamam, iaitu menghimpunkan 2 waktu solat(jamak) dan setiap waktu dicukupkan bilangan rakaatnya tidak dipendekkan. Contohnya Zohor dan Asar (8 rakaat) serta Maghrib dan Isyak (7 rakaat).
Malamnya kami dinasihatkan supaya berehat agar dapat memberi tumpuan kepada waktu wukuf keesokan hari. Pada pandangan aku, eloklah kita isi masa sebelah malam ini dengan solat2 sunat..zikir.. dan pastikan tidur yang secukupnya. Ada khabar mengatakan salah seorang jemaah lelaki (pilot) meninggal dunia pada malam tersebut. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Rezeki dia dapat meninggal di Arafah kan? Malam itu aku tersedar sekitar jam 1.30 pagi. walaupun masih panjang masa sebelum subuh, mata sudah tidak mampu dilelapkan. Kemudian aku ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Ramai orang. tiba-tiba bunyi seperti ada benda yang terjatuh dan bising-bising. Ada jemaah wanita tua pengsan dalam bilik air. Aku bergegas nak melihat. Tiada siapa yang berani membantu..aku terus meluru ke bilik air tersebut dan memegang makcik itu..Allah hu Akbar..masih bernyawa...Alhamdulillah. Aku jerit minta jemaah lain masuk dan bantu aku angkat makcik. Kami angkat makcik dan bawak ke kawasan lapang..petugas Zahafiz bergegas mencari petugas kesihatan tabung haji..Tak lama kemudian makcik tersebut sedar. Rupa2nya dia pengsan akibat tak tahan dengan panas sejuk kat sana. Kami semua diingatkan agar kalau nak mandi, mula dengan bahagian kaki dahulu untuk elak kejadian yang sama berulang.

lagi nanti ...

Wednesday, October 28, 2009

Makkah..Arafah..Mudzalifah...Mina...Makkah (1)

Tibalah hari yang ditunggu..kemuncak haji. Arafah! berdebar-debar hati saat diumumkan tarikh 1 Zulhijjah oleh kerajaan Arab. ini bermakna dalam masa 8 hari saat untuk menuju ke Arafah telah tiba..pelbagai tazkirah, taklimat dan nasihat diberikan oleh petugas Zahafiz Travel kepada semua jemaah..setiap orang digalakkan merancang barangan seminima yang mungkin utk dibawa, yang penting adalah keperluan asas, ubat2an dan kad haji. Jemaah juga diingatkan agar selalu membaca doa "Rabbi yassir wa la tuassir rabbi at mim bilkhair.." mohon Allah memberi kemudahan dalam perjalanan. Jemaah juga diingatkan tentang niat haji (bagi mereka yang mengerjakan haji tamattuk) yang perlu dibuat semasa turun dari bilik hotel.
Nasihat aku :
Fahamilah proses yang bakal dilalui, apa yang kita akan lakukan di Arafah, Mudzalifah dan Mina nanti..apakah amalan yang kita akan lakukan sepanjang di sana.
Yang lain..
  1. Rancang bagasi..(sebaiknya bawa beg kecil @ hand luggage atau backpack
  2. Bincanglah dengan pasangan atau keluarga doa yang akan dipohon sepanjang di sana
  3. Berserah kepada Allah taala dan mohonlah bersungguh hati agar perjalanan ini dipermudahkan
    Dengar dan ikut arahan petugas...masa untuk bertolak disusun mengikut maktab masing2. petugas akan menyusun giliran untuk bertolak, ikutlah dengan baik setiap arahan. tidak perlu terburu2, berebut-rebut untuk menaiki bas. pastikan pasangan atau mahram anda menaiki bas yang sama, jgn sampai terpisah...kalau terpisah jgn runsing, bersabar dan minta bantuan dari petugas tabung haji.
-saat2 untuk bertolak dalam keadaan yang ramai, sesak kadang-kadang mencetus rasa tidak puas hati. Berebut-rebut, bercakap yang tidak sepatutnya. cthnya jika bas lambat (ada yang merungut2, marah dan sebagainya. Kita kena ingat pada masa ini bukan bas kita sahaja yang akan bertolak. Ada lagi berapa juta orang akan menuju ke tempat yang sama. Akan ada kemungkinan traffic jam. Jadi beristigfarlah...berdoalah sesungguh hati agar dipermudahkan. Jarak lebih kurang 25 km antara Makkah ke Arafah mungkin mengambil masa sehingga 3 - 4 jam. BERSABARLAH...

Tuesday, October 27, 2009

Debaran Arafah


Dalam tempoh lebih kurang 10 - 11 hari menunggu waktu bertolak ke Arafah, antara rukun Haji yang telah kami lengkapkan adalah niat dan saie. Oleh itu sepanjang kami menunggu untuk menunaikan rukun berikutnya iaitu Wukuf di Arafah, aktiviti seharian kami tertumpu kepada urusan ibadat harian di samping menjaga 13 pantang larang. Bagi jemaah yang mengerjakan umrah selesai sahaja umrah pertama, mereka telah bebas dari ihram dan boleh memakai pakaian biasa. Bayangkan, abang dan beberapa rakan yang mengerjakan haji Ifrad perlu mengekalkan pakaian ihram iaitu 2 keping kain tidak berjahit sehinggalah selesai bercukur selepas melontar Jamrah Aqabah(lontaran 10 Zulhijjah) atau dipanggil sebagai tahallul awal. Di samping itu larangan seperti tidak boleh mencukur(mengunting) rambut, memotong kuku, larangan berkaitan haiwan buruan dan sebagainya perlu dijaga agar tidak terlanggar. Kekangan utama pada pandangan aku adalah rambut..kerana bimbang juga rambut gugur disebabkan kita menggosok dengan kuat. Mmm..kelemumur berkeping kat kepala abg..hihihi..



Nasihat aku, seeloknya bagi yang lelaki sebelum berangkat, potong rambut style mawi tu..hihihi. itu yang abg buat....and bagi kita wanita pun, kalau boleh rambut pendek supaya senang diuruskan. Sepanjang tempoh ini kami langsung tak ke kedai utk membeli belah (dok ingatkan dari kat M'sia lagi yang kalau nak beli apa sekalipun beli selepas habis haji). Rutin kami adalah Hotel --> Masjidil Haram --> Hotel...hotel kami duduk tu nama dia Nisma Mawaddah.





Masa ni orang betul2 ramai...MasyaAllah..SubhanAllah..tingkat bawah dan dataran sentiasa penuh sesak..tapi yg takjubnya...InsyaAllah akan ada ruang utk kita solat kalau kita betul2 nak. Kalau was2 memang tak dapat. Aku sebolehnya ingin mencari ruang yang membolehkan aku nampak Kaabah..kalau tingkat 1 susah nak nampak..tapi ada juga aku memang terpaksa naik tingkat 1.





Di Makkah tiada pengasingan saf lelaki dan perempuan, jadi kita kena pandai2 cari saf yang tidak terlalu bercampur dengan lelaki. Ada jemaah yang solat bersebelahan suami/jemaah lelaki. mengikut pendapat mazhab masing-masing. Apa yang aku buat adalah, mencari ruang saf yang ramai perempuan selalunya berdekatan Babul(pintu) Fatah. Oh ya, berjanjilah dengan suami masing-masing dekat mana nak tunggu apabila selesai solat supaya senang. Selalunya, berjanjilah dekat2 pintu nak keluar(tengok pintu apa masuk, pintu itu juga untuk keluar).


*gambar anak2 Arab sedang belajar mengaji...sangat comel..
*gambaran dataran Kaabah yang penuh dengan jemaah.

-hanim










saya budak baru belajar 1

salam..

ada kawan kata post terdahulu aku tak boleh nak letak komen? aisey...tak ada bondo pun yang aku ubah ..nape pulak tak buleh komen?? so entry ni nak try je..tengok apa masalah eh..(telinga aku ni dok terdongar2 member sebolah ni speaking nogori...itu yang entry ni jadi entry versi nogori sombilan..) esey...jgn marah yo kawan...(kalau marah pun dia bukan buleh komen..kih kih kih)

try!

Monday, October 26, 2009

dan perjalanan pun bermula



Abang di Lapangan Terbang Jeddah


Bismillahirrahmanirrahim....

2 3 post yang akan kubuat khas sempena bulan haji ini adalah berkisar tentang pengalaman aku pada tahun lepas...yang aku akan kongsi mengikut kronologi perjalanan haji ku...Aku ambik keputusan untuk menulis dulu tentang perjalanan ini sebagai peringatan pada diriku sendiri akan tanggungjawab besar yang aku galas setelah pulang. Kadang-kadang terbabas juga..LALAI. titik. terikut godaan syaitan..titik. Moga-moga repitition yang dibuat oleh otak aku untuk mengimbas kembali perlaksanaan haji ini dapat mentarbiah diri aku selain dari membantu rakan-rakan mendapat gambaran tentang perjalanan haji ini.




Mula ..




perjalanan musafir kami bermula 27/11/2008 hari khamis malam, bertolak selepas solat isyak dan solat sunat musafir dirumah. Kami dihantar oleh keluarga sebelah husband aku(family aku tak dapat hantar sebab nanti susah diorang nak balik ke kedah ..sedih sungguh rasa hati bila aku peluk mak aku masa diorang ziarah seminggu sebelum kami berangkat..aku minta maaf sungguh2 dengan mak ayah aku atas segala dosa dan minta diorang doakan keselamatan kami di sana).





Tiba di Kelana Jaya sekitar jam 10.00 ..daftar, tunggu hingga disuruh masuk ke ruangan berlepas. bertolak ke KLIA dengan bas pukul 3 pagi mcm tu, tunggu subuh dan berlepas ke Jeddah sekitar jam 7 pagi.


Kami mengerjakan haji Ifrad, bermakna kami akan mengerjakan haji dahulu kemudian baru mengerjakan umrah. Jenis haji terdiri dari 3 iaitu haji ifrad, haji qiran (mengerjakan umrah dan haji serentak) dan haji tamattuk (mengerjakan umrah dahulu, bebas ihram dan kemudian niat haji dan mengerjakan haji). Apabila tiba di Qarnul Manazil(tempat miqat), kami berniat haji disitu dan bermulalah ihram haji kami denga 13 pantang larang yang perlu dipatuhi. Ada juga yang berniat umrah iaitu bg mereka yang mengerjakan haji tamattuk. Tiba di Jeddah lebih kurang pukul 11 pagi. KT dan jemaah kami ini adalah antara KT yang terakhir, oleh itu perjalanan kami terus ke Makkah dan kami akan ke Madinah sebelum pulang ke tanah air nanti.

Di Jeddah urusan check out dan sebagainya mengambil masa yang agak lama dan kami bertolak ke Makkah sekitar maghrib. Perasaan yang berbaur-baur, letih, lelah dan teruja ada dalam hati sepanjang perjalanan dengan bas ke Makkah.


Alhamdulillah .. selepas urusan check in, kami berangkat ke Masjidil Haram bagi melaksanakan tawaf Qudum iaitu tawaf selamat datang...solat sunat dan sebagainya. Alhamdulillah..bermulalah episod haji kami.



-hanim

Sunday, October 25, 2009

BILA TIBA BULAN HAJI


Hati aku sekali lagi dipaut rasa sayu dan pilu..setiap kali musim ini datang..Ianya bermula selepas balik dari umrah 2004, pernah sekali masa on the way balik dari kerja ada bas membawa jemaah haji lalu kat sebelah kereta aku diiringi dengan polis trafik, aku menitiskan air mata kesayuan...perasaan yang tak tau nak diungkapkan..sejak itu aku menanam azam nak buat mengerjakan haji dengan husband aku secepat yang mungkin..


Aku daftarkan nama aku dan husband secara online 2006..bulan 11 kalau tak silap. Then thn 2007, aku ngan husband ikut kursus dengan zahafiz travel sebab husband aku kata ada 2 3 orang kawan opis dia (kawan baik dia) nak pergi ngan zahafiz..Kami pun mula menulis surat rayuan. 2 kali surat dibuat and kursus tu diikut sampai la tamat, tapi rupanya nama kami tak terpilih utk thn tu..sebaliknya kawan2 abg semua dapat pergi..maybe Allah tak jemput sebab kami belum bersedia..maybe juga memberi ruang supaya aku dapat selesaikan kenduri adik2 aku tahun tu..


2008, sekali lagi kami ikut kursus, ulang semula bagi memantapkan pemahaman..aku berdoa tak putus2 and setiap kali ada orang pegi umrah, itulah doa yang kukirimkan, moga2 ada rezeki kami thn ni.. and bulan 7 mak ayah dan abg aku dapat panggilan ke sana mengerjakan umrah, sekali lagi doa aku kirimkan.. Surat rayuan dibuat kepada tabung haji 2 kali..ada la beberapa dugaannya..tak yah la cerita...and Alhamdulillah syukur, bulan syawal 1429, nama kami terpilih untuk mengerjakan haji..Allah hu Akbar..hajat dimakbulkan. ada macam2 perasaan..gembira..takut..sayu..sedih...semua ada...dan kami berangkat 27 Nov 2008 dan balik ke tanahair 7/1/09...Alhamdulillah syukur nikmat Allah...


dan thn ni, sekarang ni..musim ini kembali...hatiku sekali lagi dipaut rasa sayu..pilu..rasa nak ke sana lagi..mengulangi proses yang sama...


Entry ini bukan tujuannya nak bermegah2 atau berbangga yang aku dah buat haji....nauzubillah..kita hanya hamba yang kerdil tak perlu ada perasaan takbur,riak semua tu.. tetapi berkongsi rasa yang aku sedang alami..dan juga nak encourage rakan2 sekelian, jomlah kita tanamkan azam nak buat haji dalam keadaan badan yang masih sihat..ada tenaga. marilah kita doa sesungguh hati agar Allah memudahkan urusan haji kita...nanti kalau ada kesempatan aku akan berkongsi cerita tentang keadaan, tempat dan ibadat yang kita perlu lalui di sana...InsyaAllah..



dan thn ini, kakak iparku (kak Siti Zaleha @ yua dan suami abg hamdan) mendapat jemputaNya....mereka akan berangkat ke tanah suci pagi jumaat ini 29/10/09. aku doakan mereka sentiasa sihat, selamat, dan mendapat haji yang mabrur . Insya Allah..


panjangnye entry ini...:P



-hanim

kenapa animanje..

salam..

wah..wah..bunyinya macam anim manja je kan? tak sesuaiii..hihihi
ini adalah kombinasi nick name aku ngan nick name husband aku..anje tu arwah mak dia yang bagi..and bagi aku sangat nostalgia...
even kat keta picanto aku (walaupun aku tak drive lagi) hihihi...ada nama ni..so kalau terjumpa picanto oren dengan nama anim dan anje tu, aku la tu...:P

-hanim

Saturday, October 24, 2009

SULUNG

Assalamulaikum ..

akhirnya..setelah sekian lama teringin nak buat blog sendiri..ye lah asyik dok jadi 'silent reader' je kan...trylah create my own blog...

nanti2lah cerita ya..nak belajar godek2 dulu tengok apa yang boleh diubahsuai ..


till then,
-hanim