Tuesday, January 12, 2010

Isu penggunaan nama Allah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Saya nak kongsi dengan kawan-kawan artikel yang ditulis oleh Ustaz Md Asham Bin Ahmad, tentang penggunaan nama Allah yang hebat dipertikai,dikomen oleh rata-ratanya orang Islam itu sendiri..

Betapa seronoknya (saya rasa la) orang-orang bukan Islam bila melihat kita sesama sendiri berbeza pendapat dalam isu ini. Astagfirullahal azim...Ya Allah..kami insan lemah...bantulah kami...Ya Allah peliharalah akidah dan iman kami yang tipis ini..jauhilah kami Ya Allah dari malapetaka dek kerana kealpaan dan kejahilan diri kami sendiri..

jom kawan2 kita baca sama-sama.

klik sini :
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1991&cmd=resetall

Thursday, January 7, 2010

Kegembiraan Seorang Guru..:-)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Hari ni hari mengenang nostalgia lama..kenapa? penangan FB la ni....
Gini kisahnya

Thn 1998..saya grad dari UPM. Bidang Sains Komputer..mak ayah saya paksa  suruh saya balik Kedah. Cari kerja area utara je. Penang bulehlah sebab abang saya ada kat situ. Mula-mula nak prostes gak sebab yelah susah nak cari kerja area sana kan..tapi mengenangkan saya ni dari umur 13 tahun dok jauh dari rumah sampaikan orang kampung sendiri pun saya tak kenal, depa pun tak kenal saya...hihii..ikutkan jugaklah permintaan kedua-duanya. Kena jadi anak yang baik kan..

Hantar resume ke sana sini, mostly kilang kat Penang. Masuk bulan ke 2 dok kat rumah, bosan yang amat..hihihii..mula la nak suarakan protes tu..hihihi...ayah saya pun agaknya tengok anak dia semacam je bosan, dia pun usha-usha la suruh saya pi buat part time kat kilang EMOS (Edaran Motosikal, anak syarikat MODENAS). Jadi tukang key-in data..jadilah daripada dok rumah kebosanan. Satu lagi sebab nak kerja sangat tu pasal saya nak bantu meringankan beban mak ayah..

Saya kerja key-in data ni 1 bulan lebih kurang, tetiba dapat panggilan dari salah seorang lecturer lama, Dr Abu Talib. Dia offer saya jadi pensyarah kat Kolej Legenda Langkawi yang baru dibuka..masa mula-mula dia call tu saya tak ada, mak saya yang bgtau kata Dr Abu cari..saya ni sebenarnya berdebar dah...result teruk ke? gagal ke apa ke kan..maklumlah, masa tu dok menunggu result yang terakhir..hihihi..rupa2 peluang kerjaya.

Malam tu Dr Abu call lagi, saya dengan gaya tak confidentnya tanya Dr Abu...buleh ka saya ni mengajar? subjek apa? kalau nanti result diorang teruk macamana? Dr Abu kata, "Awak trylah dulu...datang sini bawak 2 3 helai baju je...kalau agak2 tak buleh, berhenti.." wahh,....buleh try2 plak tu..hihihi..yang kelakarnya dalam saya dok was-was nak pergi ke tidak tu, masa hari pendaftaran  pertama tu, ramai betul yang hantar saya ke sana...arwah Paksu saya, maksu, mak, ayah saya, arwah paknjang saya, maknjang saya ...kirenye macam saya pulak la yang pergi belajar bukan nak pergi mengajar. hihihi...yelah pegi Langkawi kan...depa tu sebenarnya nak pi shopping dan jalan2 la tu ..:-)

Sejak hari itu, bermula la kerjaya saya sebagai pensyarah..saya kena ajar subjek C++ kepada pelajar CS10 dan CS09 iaitu program Diploma Sains Komputer dan Sijil Sains Komputer. Di Legenda ni, program2 yang ditawarkan adalah program francais UiTM. Masa tu cuma ada 3 ke 4 orang lecturer IT. Saya, Aznita dan En Zul. Yang lain dari program2 lainlah..Lecturer English, Maths, Account, Business dll.  Students ramai...satu kelas dalam 40-50 orang. Berdebar2 perasaan kali pertama sampai ke Legenda..tak ada langsung gaya lecturer..masuk kelas kali pertama tak tau macamna nak control kelas..menggeletar...so slowly belajar dari Dr Abu and yang lain-lain. Program francais ni yang susahnya adalah kita tak boleh expect apa yang akan ditanya dalam exam. Semua soalan2 exam tu datangnya dari UiTM. Result first semester (kali pertama) exam amat mendukacitakan. 75 % students tak mencapai result yang memberansangkan..hanya 25 % berjaya melepasi 2.00 . Perasaan saya ? Sedih sungguh...frust. Banyak faktor yang menyumbang sebenarnya tapi saya tak nak cerita la detailnya.

Kemudian saya dan rakan-rakan CS dan lain-lain department dah bertekad nak mengubah nasib pelajar-pelajar kami. Nota dikemaskini...perjumpaan dengan pensyarah2 senior di UiTM Arau dibuat, even kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang lemah. bilik pensyarah tu dah jadi macam bilik singgahan semua pelajar. Anytime diorang buleh datang jumpa kalau ada masalah, even pada waktu malam. At that time, walaupun kerja banyak..susah..penat tapi saya rasa saya dan kawan2 happy. Everything kami share..cerita students tak payah cakaplah..ada je kerenah budak2 ni yang dibincangkan. Students ni walaupun nakal sebenarnya manja, dan rajin. Kalau saya kenang2 balik kesungguhan mereka belajar (saya dah nak nangis ni..isk..isk...) sayu la plak...memang diorang rajin. Ada la jugak yang malas2 tu...biasa la kan, tapi ramai yang rajinlah..diorang diberikan dengan leteran (hehehhe...saya dah pandai berleter waktu tu)..motivasi dan doa yang tak putus2 dari setiap pensyarah mereka. Alhamdulillah, result pada semester kedua tu meningkat dari 25 % yang lulus semester sebelumnya kepada 75%.. bangga kan? ya..saya sangat bangga...dan saya rasa..kawan saya iaitu Mohd Nizam lah orang yang paling patut berbangga..dia ni berusaha keras sungguh..Kami sangat2 bersyukur. Banyak kenangan saya dengan pelajar-pelajar saya ni..macam2 yang kami buat sama-sama..naik gunung Raya(ke Mat Chincang ye?)..round pulau, makan2..gi jalan2. Lepak kat bilik saya sambil buat 'ketupat'..

Tahun berikutnya saya tinggalkan Legenda (banyak sebab yang mempengaruhi, yang utama adalah...ermm...). Ada students yang marah saya tinggalkan diorang padahal waktu tu semangat diorang baru nak naik..tapi saya fikir, saya tinggalkan mereka kepada orang2 yang sangat berdedikasi..saya tak perlu risau tentang itu. Masa saya nak balik for good tu ramai yang hantar saya kat Jetty..sedih..saya memang sedih..cuma saya ni orangnya waktu itulah sangat susah nak menangis, menangis kalau marah je..hihihi..even sampai sekarang kut..:-) sedih saya tu banyak saya simpan dalam hati je..

Hari ini selepas 12 tahun, saya jumpa balik melalui FaceBook bekas pelajar2 saya ni..sebelum ni semasa diorang grad saya pg jugak tengok kat UiTM Shah Alam..tapi lepas tu lost contact...sibuk dengan kerja masing-masing.

Ya Allah...Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...Bekas2 pelajar saya ni, berjaya dengan kerjaya masing-masing. Dah bekeluarga dan ada anak2..:-)...puaslah saya dok membelek FB setiap sorang yang ada tu...tengok gambar diorang, tengok info..rupa diorang terutama yang lelaki dah berubah..Matured betul..hihihi..



gambar ini sebahagian dari mereka...:-)

Tapi walau dimana juga mereka berada, apa juga yang mereka lakukan..saya cuma nak cakap yang : Saya bangga dengan setiap orang pelajar-pelajar saya ni..SEMUA sekali!.

Tuesday, January 5, 2010

Abu Bakar : Sahabat Sejati

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Setiap kali gaji (dapat gaji ya...tak dapat no talk lah...), saya akan membeli buku baru. Haa...buku lagi..buat koleksi dan pembacaan saya di masa senggang..banyak ke masa senggang? kalau nak ikutkan tak ada..tapi kena la set masa. Saya kena baca something la setiap hari..tu sebab saya akan mencari2 blog yang buleh bagi saya ilmu..contohnya blog SaifulIslam, Prof Kamil, blog Genta Rasa dan Blog Dr Ridzwan. Maaf ye bukanlah bermakna yang lain tu tak bagus tapi maybe ada blog yang saya blm 'come across' lagi. Setiap pagi WAJIB saya akan bukak dulu blog2 fav saya ni..mencari ilmu. yang buleh buat saya berfikir2 or ambik pengajaran. Terima kasih!

So, berbalik kepada buku ni tadi, bulan ini Januari 2010 saya nak start dengan membaca/membeli buku-buku sejarahwan Islam. Cerita tentang sahabat Rasulullah s.a.w. Buku-buku ada banyak di MPH...tapi saya nak start dengan buku ini dulu...


sebabnya : tajuknya tu sendiri, membuatkan saya terfikir2 adakah saya sahabat sejati? saya nak belajar dari kisah dan riwayat Saiyidina Abu Bakar r.a ni. Selain dari itu saya nak menghayati perjuangan sahabat2 baginda Rasulullah s.a.w, orang2 yang telah Allah janjikan syurga ini..mmm...tulis ni pun saya rasa sayu.

Takpalah...bagi chance saya habiskan buku ni dulu ya kawan2..nanti saya cerita dan kongsikan bersama. Kalau nak beli sendiri..kat MPH ada jual...:-)

Oh ya, saya juga ada beli buku lain : Bercinta Sampai ke Syurga by Ustaz Hasrizal (Saiful Islam). ada  a few cerita pengajaran dalam tu yang saya dah baca. Tak sabar nak kongsi tapi samalah...bagi saya peluang habiskan bacaan dulu..ok..?

 Later...

Monday, January 4, 2010

Merencana

Assalamualaikum warahmatullah hi waba rakatuh... to all  friends and blogger

Mulai tahun baru ni antara azam saya adalah nak mengucap salam dengan betul...(erm..buleh kire azam jugak ke? bukan wajib ke?...mmm...conpius dah siti hanim ni..)

Asyik2 salam..salam...apa la salahnya kita ucap salam yang penuh kan...maksud sejahtera lagi..kadang2 asyik nak short cut jadilah begini..begitu..kadang-kadang tu jadi akum...

Selamat tahun baru kepada semua...hari ni baru 4/1/10..kire tak terlambatlah lagi kan..apa azam anda? saya tak nak share yang detail..malu...malu...biarlah apa yang saya katakan sebagai Measurable...Realistic, Achievable  dan Specific dalam FB saya tu hanya saya sorang je yang tau..tak share..tapi yang pasti saya akan menggunakan ciri-ciri yang saya sebut2 tu..

Tetapi yang saya nak share ni sebab saya nak minta pendapat sekiranya ada lah..tentang rencana saya nak :
a) beli life insurans
b) join unit trust

Saya rancang this year walaupun terlewat bg sesetengah pendapat, saya nak mula menabung dalam skim insurans kerana lebihan duit yang ada (walaupun tak banyak) perlu dirancang untuk jangka masa panjang...kira macam melaburlah lah kan..kalau tak sah2 habis dan tak tau bg kat tokey mana(selalunya tokey Jaya Jusco)..husband saya tak ada life insuran...dia kata setakat ni company dia cover..saya pun termasuk sekali dalam coverage tu, it just that saya nak beli ni kut2 anything happened kat saya (nauzubillah) sekurang2nya family saya buleh dapat benefitsnya. Cuma...saya tak tahu Insuran yang macamana yang saya rancang nak ambik (yang pasti kena Islamic Insuran seperti Takaful). begitu jugak dengan unit trust tu mestilah dilaburkan ke perniagaan Islamic ni.


Yang kedua saya nak keluarkan duit KWSP saya untuk join unit trust. Tahun ni umur saya 35thn..bermakna kalau saya mula melabur, sekurang2nya kalau umur saya panjang, bertambahlah duit saya kat KWSP tu..nanti lagi 20 tahun saya rancang nak guna duit tu untuk jalan2 ngan husband saya. Tapi itu impian ye kawan2...tak semestinya tercapai tapi kita mimpikanlah dulu...apa salahnya.

 
And as for Unit Trust ni, saya sebenarnya kurang sikit TRUST untuk melabur ni...mungkin kena duduk dan discuss(pahamkan) dengan agent Takaful untuk dapatkan gambaran.

Above all...kedua2 ni saya nak mula bulan 2 ni..InsyaAllah..
So, saya sedang me'rikki'2 dulu the best options for both ni..Kena doa banyak2 supaya Allah memberikan petunjuk jalan dan panduan..Amin..