Wednesday, December 30, 2009

tunggu BERSEDIA?

Salam...

Minggu ni Alhamdulillah relax sikit...students tengah exam mid semester. Sekarang tengah prepare for their coursework marks and writing (planning actually) proposal for student's activities. And one of the activity is a voluntary works at Cambodia InsyaAllah..moga hasrat murni ni Allah permudahkan.

Ada a few surveys nak kena buat..ada a few travel agents to choose and discuss..a lot of work..tapi saya rasa ini adalah salah satu dari sumbangan kecil yang kita boleh buat kepada yang memerlukan.

Sebut pasal traveling ni saya rasa ingin share pendapat saya tentang tempat mana yang patut kita kunjungi @ lawati. Because lately saya ada come across to a few friends yang plan cuti2 Malaysia or overseas samada through facebook or blog. Many choose this places :


a) Bali, Indonesia


b) Bandung, Indonesia


c) Gold Coast, Autralia



d) New Zealand


e) South Korea


f) UK


g) Phuket
none yang choose utk pegi sini :


Makkah Al Mukarramah

 
Madinah Al Munawarrah 

Selalunya apa yang saya buat is mencadangkan agar mereka meletakkan sasaran untuk mengerjakan umrah selain daripada melawat ke tempat2 pilihan di atas. Sebenarnya saya risau juga kalau-kalau ada yang kata "Mentang-mentanglah dia dah pg haji dan umrah"...or "nak eksyen la tu.." tapi tujuan saya hanya satu,one mengajak rakan2 agar turut menyimpan azam untuk mengerjakan yang wajib bg kita : Haji dan Umrah.

Antara alasan yang diberi
a. anak-anak kecik payah nak bawak atau nak tinggal
b. masa yang lama (susah cuti)
c. nak buat haji dulu baru buat umrah
d. tak sampai seruan lagi
e. belanja yang lebih mahal
f. duit untuk umrah atau haji belum cukup
g. belum BERSEDIA


dan lain-lain alasan lagi...

Apa yang saya buleh katakan lagi kalau itu alasan yang diberi...selain terus BERDOA semoga Allah membuka hati SEMUA kawan-kawan saya untuk menunaikan Umrah dan Haji sebelum terlambat. InsyaAllah. Pergilah ..hanya selepas itu barulah anda semua akan faham istilah RINDU yang tidak pernah padam kepada kedua-dua rumah Allah ini...dan tiada tempat seindah dan setenang selain di sini..

dan kepada kawan-kawan saya ni saya nak cadangkan buku Haji Muda karangan Dr Ridzwan Bakar..yang mungkin buleh menarik minat atau perhatian untuk menyahut panggilan Labbaikalla humma labbaik Labbaikalaa syarikala kalabbaik...




Amin...

Thursday, December 24, 2009

Semoga terus berusaha! Along..

Salam..

Entry ini khas untuk anak saudaraku Amirul Khir...(Along)

Hari ni keputusan PMR dah dikeluarkan...28 000++ orang pelajar dapat straight As..Tahniah kepada mereka semua..

2 3 hari ni memang penuh dengan debaran bagi pelajar-pelajar PMR 2009. termasuklah Along, mak ayah dia...dan jugak maknjang dia ni..Malam tadi maknjang dia mimpi dia cuma dapat 2 A sahaja..

Along ni bukanlah tergolong dalam kelompok pelajar yang dapat no 1 - 3 masa dia sekolah rendah. Even masa UPSR, parents dia memang tak menaruh harapan dia akan score. Tapi waktu tu saya selalu rasa dia ada potensi untuk dapat 5A, sebab dia memang selalu score  Math dan Science. Jadi saya rasa at least 4A dia boleh dapat. And bila result keluar 4A 1C. Memang terkejut mak ayah dia dan tok serta tok wan. Alhamdulillah...tapi memandangkan 1C tu dia tak dapatlah masuk MRSM yang dicita-citakan.

Kalau dilihat dari segi cara dia belajar kat rumah..memang merisaukan. selalulah kena bebel ngan mak ayah dan juga maknjang (kalau maknjang balik kg). Saya hantar dia ke Kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP) and lepas tu nampak perubahan dari segi pemikiran dia tu. Motivasi anjuran pihak sekolah pun ikut juga. Ada sekali tu bas yang membawa pelajar-pelajar ni untuk ke kem motivasi tu terbalik. Nasib baik Along tak apa-apa walaupun lepas accident tu dia pengsan. Kawan-kawan dia pun ok cuma cikgu dia je ada seorang yang parah.

Kakak saya (mak dia) selalu pg sekolah dan berbincang tentang prestasi anak. Feedback pengetua serta guru kelas dia 2 3 minggu sebelum exam PMR mula tu agak memberansangkan. Katanya Along antara pelajar harapan sekolah untuk score 8A. Dalam percubaan yang lepas he scored 4A 4B.. dan hari ni apabila keputusan diumumkan  Along scored 4A 3B 1C...As for Agama, Math, Science dan Sejarah. Bs for Geog, KH dan BM..dan C utk BI...Alhamdulillah..mak njang agak frust juga tapi kena berfikiran positif. Kalau kita frust dia apatah lagi kan...

So maknjang pikir lepas ni Along kena gandakan usaha kerana form 4 tak sama dengan form 1,2,3. Banyak cabaran, kena faham dan usaha dari awal.

Semoga Along akan terus berusaha gigih. Don't give up..There is a long journey ahead and you are only at the beginning..Maknjang akan terus mendoakan kejayaan Along..Amiiinn...



Tuesday, December 22, 2009

Menunaikan janji @A Famosa Resort

Salam..
post kali ini post bergambar .. gambar kenangan ketika ke Melaka cuti baru-baru ini..
ini sebagai memenuhi janji yang aku buat kepada anak-anak saudaraku..Amirul, Ainun, Asyraf, dan Aizat. Serta Abgku satu family from Kelantan yang kebetulan turut datang. Gambar pun tak banyak sebab cameraman @ paknjang pun dok berendam dalam air ..


Asyraf, Irfan dan Aizat di Giant Putra Heights sementara menunggu maklong, mama dan maknjang. Kami singgah kat giant dulu sebab maklong nak beli seluar dan baju


Ainun pun dah boring..

baru sampai di A Famosa Waterpark



from left Amirul, Aizat, Ainun, Aiman, Iskandar dan Irfan di depan


dibelakang Ainun .. Asyraf

Bergambar kenangan di atas stage..

Budak kecik...Iskandar dan Aizat


Setelah selesai .. nak bertolak ke Bandar Melaka

Balik dari makan-makan, ambik gambar Menara Taming Sari..tak naik pasal dah lewat, budak2 dah ngantuk, bapak2 budak pulak dah penat

Thursday, December 10, 2009

buku baru and plan cuti...

Salam..

lama sungguh tak update...
agak serabut minggu ini...kerja banyak..mood tak ada...sakit kepala pulak..isk...isk..

tetapi....
sempat lagi mengumpul koleksi terbaru karya penulis kegemaran saya. Siapa?



Dah habis baca....saya ni kalau buku..boleh tenggelam dalam watak, dan fantasi sendiri...dulu2 before kawen saya boleh baca buku sampai tak makan....tapi bila dah kawen ni tak boleh la nak buat perangai macam tu..takat saya tak makan tak pe tapi husband?? kesiann dia..hihi...pernah dulu masa cuti semester master tu konon2 lepas tension setelah bertungkus lumus beli la 2 3 buah buku and ambik la masa baca buku sehinggalah ditegur oleh husband : "ceq, keja banyak lagi nak kena buat ni"...nampak benar mengabaikan tanggungjawab rumahtangga...so since that day, saya memang control sikit bila membaca. Saya rasa la..saya berjaya jugak mempengaruhi husband mengumpul dan membaca buku..walaupun tak setekun saya..hihihi..perasan, tapi at least ada la buku yang dia baca...and dia baca buku2 keagamaan ni. Alhamdulillah..

wahhh meleret2..
sebenarnya nak cerita tentang buku koleksi Aisya Sofea ni..saya ada semua bukunya..Jauh, Selagi Ada Dia, Kau Untukku, Jendela Hati, Adam dan Hawa, Gelora Jiwa, Buatmu Kekasih dan Sehangat Asmara. Semua saya suka! kecuali Adam dan Hawa tu saya rasa meleret sikit..

buku terbaru beliau ni pun saya suka...Sinopsis dia berbunyi :

"tidak semua cinta itu berbalas. Inilah terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya dia nekad membawa diri ke London". Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman email dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti. Siring dengan waktu berlalu.cinta Eddie semakin mekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya kalimat keramat itu tak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti abang. Eddie panasaran. Akibatnya mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...Lelaki itu seperti memusuhinya. Semua harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!"


ala-ala "takk larattt" gitu ayat2 dia. Jiwang jugak jiwa saya ni (apa punya ayat daaa...) hihihi.. Saya suka buku yang nampak real sikit..and tak melalut-lalut...contoh melalut ke laut antaranya sampai ada adegan tembak menembak..nak bunuh-bunuh...ish..ish..ingatkan dah mati tapi rupanya hidup lagi tapi hilang ingatan...mmmm...tak suka jalan cerita macam tu...biar simple tapi sweet...tu sebab saya suka buku Aisya Sofea..

Dulu-dulu saya selalu bertukar buku ngan member baik saya...Mona hiihiihi...nak save budget duit buku..tapi sebenarnya bila kita suka buku tu kita memang nak punya sendiri....feel dia lain...buleh plak ulang 2 3 kali baca.

so kawan-kawan marilah membaca ....:-)

*sedang merangka-rangka plan bercuti ke Melaka, membawa kakak sefamily dan abg sefamily. Ahh tak sabar nak main-main ngan anak-anak menakan tu. rumah saya akan penuh dengan 9 kanak-kanak/anak-anak dan 9 dewasa....wahhhhh...meriahnya!

Wednesday, December 2, 2009

Keajaiban Di Tanah Suci ..

Salam..

Selamat Hari Raya Aidil Adha kawan2...walaupun terlewat(dah melepas hari tasyrik pun..hihihi) namun rasanya semangat berkorban perlu sentiasa ada dalam diri kita...berkorban dengan apa yang kita mampu, tenaga, usaha, wang ringgit, harta benda mahupun masa...berkorban dengan seikhlasnya kerana balasan yang dijanjikan tidak terkira banyaknya..Insya Allah.

Semalam kawanku Mid ceritakan tentang maknya yang pada ketika ini berada di Makkah mengerjakan haji. Makcik Minah memang agak rapat dengan kami..peramah dan pemurah orangnya...Mid menceritakan tentang pengalaman makcik Minah yang bertemu kakak sulung beliau (Maklong) di Mudzalifah di kawasan tandas..bukan kawasan tu yang penting tetapi peristiwa kata-kata, lintasan di fikiran di antara kedua-duanya (Makcik Minah dan Maklong). Mereka berdua ni pergi menunaikan haji pada hari dan penerbangan yang tidak sama dan pakej pun tak sama (Maklong pergi dengan Muassasah TH penerbangan akhir). Ketika di Mudzalifah, Makcik Minah tertanya-tanya juga, lebih kurang beginilah ayatnya "Manalah kakak aku ni" dan Maklong pun dok tertanya-tanya jugak "Manalah Minah ni". Dan tup-tup Allah jumpakan mereka di situ juga...dalam ribuan/jutaan jemaah tu. Ajaibkan?

Satu lagi cerita keajaiban yang berlaku, aku baca nie melalui blog Ustaz Amin http://www.ustazamin.com/, mengenai doa seorang jemaah di Arafah. Makcik ni kena stroke, banyak duduk di bilik sahaja kerana keuzuran beliau dan nak ke Arafah pun terpaksa dipapah. Beliau berdoa bersungguh-sungguh di Arafah agar Allah memulihkan penyakit beliau..dan Alhamdulillah sehari selepas itu beliau mampu berjalan dengan sendiri. Sembuh!. MasyaAllah..SubhanAllah...berkat doa di Tanah Suci..

dan mengikut pengalaman kami (abg dan aku) thn lepas..
Menjadi rutin kami setiap kali habis solat subuh...berjalan keluar bersama-sama dari Masjidil Haram, abg akan menyediakan sedikit wang kecil untuk disedekahkan..dan setiap hari ada seorang jemaah(aku rasalah) seperti berbangsa Iran atau Pakistan macam tu yang memang akan meminta sedekah dari abg. Adalah satu hari tu ketika berjalan balik, tak nampak langsung kelibat dia..jadi terkeluar dari mulut abg "eh!, tak ada pulak orang ni" tiba-tiba, dalam sekelip mata muncul orang ni betul2 depan kami. Dari pada mana dia datang? sedangkan sebelum ni abg tercari-cari gak kelibat dia tapi tak nampak..dan depan kami tu kosong, bukannya rapat2 dengan jemaah lain..menghairankan...Aku bukanlah nak kata yang orang ni bukan orang atau makhluk jelmaaan ke apa tapi kuasa Allah tu, terdetik sahaja..terus ada..MasyaAllah...SubhanAllah...mungkin Allah juga ingin menguji sejauh mana keikhlasan abg menghulurkan sedekahnya itu..Wallahuaklam. 

betapa berkat doa, betapa permohonan kita didengari..betapa ujian atas keikhlasan kita diuji oleh Allah...

dan sekiranya Allah kata jadi maka jadilah ia ..Kun Fayakun..

Astagfirullah hal Azim...aku memohon keampunan mu Ya Allah...

Tuesday, November 24, 2009

Madinah .. bertemu "SH"..:-)

Salam..

Agak lama tak update..kelas dah mula..not that br nak buat preparation ke apa cuma..bila tiba malam je..ngantuk...letih....


kita sambung lagi ya kawan2...tentang Madinah. Di Madinah cuacanya sejuk..angin sejuknya terasa2 ke tulang terutamanya awal pagi..dan acaranya banyak kepada sesi lawatan. Antara tempat yang kami pg adalah ladang kurma, Jabal (bukit) Uhud, Kilang Al Quran, Bukit Magnet dan sebagainya. Masa yang berbaki kami isi dengan sesi 'mengukur jalan'. Berkunjung ke kedai2 menjamu mata...:-)


Sebelum berangkat ke Tanah suci, aku ada bgtau dengan member baik aku, Kak Siti Haryani (initial kami sama iaitu 'SH'..kalau sign borang, sign sama..hihihi)yang keja kat Yanbu, Arab sebagai pensyarah. Hajat dihati kalaulah ada kesempatan memang ingat nak jumpa dia. Masa ni dia tgh pregnant anak yang ke 5..dah 8 bulan lebih dah..so masa kat sana aku sms dia bgtau hotel aku (Hotel Bahauddin)..and dia janji nak dtg visit. 2 3 hari before hari yang dijanjikan tu (sepatutnya dia datang Jumaat) dia sms bgtau kena warded..aku risau gak kalau2 dia dah nak bersalin ke apa kan...so husband kata takpelah kalau tak dak rezeki nak jumpa nak buat cemana

then Khamis tu dia sms bgtau yang dah keluar ward and jadi lah dia nak datang ke madinah..jumpa aku and jumpa cousin dia yang kebetulan buat haji jugak...seronok hati aku..:-)



Dari Yanbu ke Madinah 2 jam perjalanan...Kak CT sampai dalam pukul 9 lebih camtu...borak2 jap then pg masjid untuk solat Jumaat. lepas makan tghari, kami dibawa oleh En Shah (husband kak CT) pg membeli kurma kat pasar kurma...senang bawak orang pandai cakap arab ni..hehehe.,..dapatlah murah sikit. Masa memang suntuk, kami terus ke Masjid untuk solat Asar, lepas tu jumpa kak CT kat hotel cousin dia...borak2...then diorang pun balik....walaupun sekejap..aku happpyyyyy sangat. Terima kasih kak CT and family kerana sudi jenguk kami.


jom tgk gambar2 ..



Abg, Aina, Eiman, Hanan, En Shah dan Yasmeen

Aina, Aku, cousin kak CT, Meen, Hanan, Kak CT, Eiman

Wednesday, November 18, 2009

Allah Maha Mengetahui..

taip...taip..terdelete...mmm

esok la pulak...

Monday, November 16, 2009

Raudhah .. harapan melimpah

Ada beberapa checkpoint untuk sampai ke ruang Raudhah..setiap kali berhenti, ustazah akan memberikan tazkirah dan beberapa kali juga ditegur oleh polis wanita Arab tu. Ustazah kata polis2 tu melarang sesi tazkirah kerana takut kita ada mengajar ajaran bidaah...jadi ustazah bgtau polis tu yang sebenarnya dia suruh kitorang bersopan dan menjaga adab.

Airmata tak tertahankan..Mengalir perlahan di pipi..terkenang mak ayah dan keluarga. Sayu.

Akhirnya kami berhenti di last checkpoint, betul2 bawah bumbung yang boleh kembang kuncup tu..dipanggil bumbung kurma....ustazah kata tgk sebelah kiri, atas..
Ya Allah dah nampak kubah hijau dimana bawahnya adalah maqam Rasulullah s.a.w..Allah..Allah..Allah..syukur Ya Allah, aku berasa seolah-olah dekat betul dengan Rasulullah..sayu..air mata mengalir lagi..

Apabila dipanggil masuk, dengan gengaman kuat kak Faizah, kami melangkah masuk..beratur ambil giliran untuk solat..dalam bergegas-gegas masuk itu, tangan terlepas dari kak Faizah. Aku nampak dia di hadapan..lalu tumpuanku hanya pada karpet. Selagi belum berpijak pada karpet hijau kelabu itu, aku bergerak sedikit lagi ke hadapan..sambil mulut tak putus2 berselawat dan mengucap salam.

Selesai sahaja jemaah depanku solat dan beredar, aku terus ambil kedudukan dan takbir serta solat. Air mata memang mengalir laju...pada sujudku yang terakhir, aku ambil masa sedikit untuk berdoa dalam hati..memohon segala harapan yang tersimpan terutama keampunan buat aku, suami, mak ayah serta ahli keluarga yang lain..

Semasa tahyat akhir, bahuku disentuh lembut oleh polis Arab meminta aku beredar. Lantas selesai salam aku berfikir untuk memberi peluang pada orang lain pulak...cepat-cepat aku bangun dan bergerak perlahan untuk keluar tu tiba-tiba ada ruang kosong disebelah kananku yang seolah-olah terbentang untuk aku..jadi aku pun sekali lagi angkat takbir dan solat kali kedua..syukur Ya Allah, dalam kepayahan ini aku diberi peluang untuk solat 2 kali di sini...terasa seolah-olah semua harapanku menderu, melimpah keluar..walaupun hanya dalam hati...aku bisik satu persatu.

Puas...aku pun beredar keluar...Ya Allah esok aku nak mai sini lagi.....nak mai sini lagi...

Friday, November 13, 2009

Raudhah..airmataku tumpah

Raudhah, copy dari sini

Balik ke bilik aku merencana jadual untuk ke Raudhah..


Di Madinah, ruang solat bg lelaki dan perempuan di asingkan. Masuk pun pintu lain-lain. Dan hotelnya lebih dekat..Keluar pintu pagar Masjid, lintas jalan terus masuk ke Hotel. Oleh sebab itu, kalau nak makan ke jalan2 ke tunggu abg kat hotel je. Jadi, aku minta izin abg nak stay kat Masjid setiap kali lepas isyak. Kalau abg makan dulu, dia akan ambikkan bekal aku bawak balik bilik..(baik kan suamiku? hihihi). Doa supaya dapat peluang masuk Raudhah sejak dari M'sia lagi. Sebabnya aku dok imagine kalaulah masa umrah 2004 dulu pun ramai dan peluang nak masuk sana tak dapat inikan pula masa haji. tapi mak kata masa dia pg umrah July 2008 tu, diorang dah asingkan jemaah mengikut negera dan digroupkan. Dan dia lepaskan masuk 1 group demi 1 group. M'sia gabung dengan Indonesia dan Thailand(tapi tak ramai).


Raudhah bahagian lelaki, gambar copy dari sini

Raudhah ni kawan2, adalah 1 kawasan di dalam Masjid Nabawi yang dikatakan sebagai kawasan di antara bilik/rumah Rasulullah s.a.w dengan mimbar masjid. Diriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda " Antara kamarku dan mimbarku terletak satu bahagian dari taman syurga". Dan merupakan salah satu tempat yang mustajab doanya. Mengambil keberkatan inilah Raudhah menjadi tempat tumpuan. Penuh sesak. Tengok carpet..ada beza dari segi warna. Raudhah carpetnya hijau kekelabuan, karpet lain warna merah.


Petugas Zahafiz juga memaklumkan tentang sesi lawatan dalam masjid yang akan dijalankan keesokkan harinya bagi sesiapa yang nak join. Ini bermakna Ustazah akan bawak kami untuk masuk ke dalam Raudhah., lepas sarapan. Dengar sahaja info ni, teruja rasa hati...dalam hati mintak2 janganlah aku terlupa...


Sebelah paginya lepas Subuh..balik ke Hotel untuk makan..tanya2 petugas pukul berapa agak2 sesi lawatan tu. Katanya lebih kurang pukul 8. Kami diingatkan untuk siap2 berwuduk. Berdebar-debar. Berkumpul depan hotel. Jumpa kak Faizah, roomate ku masa di Makkah. Beriringan dengan dia. Ustazah bagi penerangan serba sedikit. Katanya setiap kali masuk dalam Masjid, untuk solat, mulakan dengan menyampaikan salam kepada Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan kemudiannya Saidina Umar. Tak perlu tunggu untuk masuk ke Raudhah baru nak bagi salam. Dalam masjid solat Tahiyatul Masjid dulu sementara menunggu dipanggil ikut kumpulan. Kami bercadang untuk simpan solat sunat Dhuha di dalam kawasan Raudhah.


Kemudian kedengaran..."Asia! Indonesia! Indonesia..."..Jeritan polis2 wanita Arab memanggil kumpulan-kumpulan sambil memegang sepanduk..Allah..Allah...Rabbi Yassir wala tuassir..Rabbi At mim bilkhair...bibir terus menerus berdoa..mudahkanlah Ya Allah..mudahkanlah..


Ibu..Ibu..sini ibu..sini...Ibu!..Jalan Ibu..Jalan..(dalam slang Arab) polis wanita Arab menjerit memberi arahan..kelakar jugak sebab bila dia suruh sebut suruh kita ke kanan, tangannya tunjuk kiri..confius..heheh..



lagi...nanti!

Wednesday, November 11, 2009

Muharram 1430

Selesai sudah urusan melontar..maka tamatlah perjalanan haji kami..Alhamdulillah..

Baki hari2 terakhir dihabiskan dengan sesi umrah, lawatan ke ladang unta, kilang Al Quran dan membeli barang2 untuk dibawa pulang. Banyak gambar2 diambil dalam sesi lawatan. nantilah aku buat entry lawatan tu ye..


Ada sesetengah barang diposkan terlebih dahulu..kerana nak mengurangkan jumlah kg beg tu nanti. Ada banyak peringkat jugalah pos tu. Last sekali pos semasa kat Madinah sebab ada lagi lebihan kg (dengarnya kalau lebih 1 kg kena charge hingga 25 Riyal). Banyak tu! Ambik langkah selamat pos je lah..1 kg 15 riyal. Tapi bila kat airport, rupa2nya mungkin dah rezeki orang lain kut langsung tak da masalah timbangan kena bayar walaupun ada yang kami tahu begnya memang berat..hihihi...takpelah rezeki masing-masing..


Perjalanan menuju Madinah 1 Muharram 1430. Kami berpuasa. Bekalan yang diberi dalam bas digunakan untuk berbuka puasa..sampai di sana jemaah baru sahaja selesai solat Asar di Masjid Nabawi..Kami terus ke Hotel dan dapatkan kunci bilik. Di sini, aku dan abg duduk 1 bilik. Ini memang telah dirancang sejak dari M'sia lagi setelah bertanya2 dengan kawan2 abg yang menggunakan pakej yang sama thn 2007. Abg cadangkan kami solat Maghrib di bilik sahaja memandangkan kami nak berbuka puasa. Usai solat dan makan kami terus menuju ke Masjid. Allah! aku terlupa nak keluarkan handphone dari beg galasku. Rupa-rupanya handphone yang ada kamera tidak dibenar bawak masuk dalam masjid. Terpaksa solat diluar..melepas peluang masuk Raudhah kerana peluang dibuka selepas waktu Isyak kira-kira jam 8 hinggalah 10 malam. Di sini bagi jemaah wanita ada masa-masa tertentu untuk masuk Raudhah. Semasa menunggu masuk waktu Isyak tu, aku sembang2 dengan jemaah Indonesia disebelah aku. Aku tanyakan cara bagaimana nak masuk ke Raudhah. Dan kakak tu bagi sedikit tips. Dia? sepanjang berada di sana setiap hari dia masuk Raudhah. Dia ajak aku tapi sebab aku bawak handphone tu maka terpaksalah tangguh dulu hajat tu.

Raudhah? lagi..nanti.

"Abg, Selamat Hari Ulangtahun perkahwinan kita yang ke 9"

Salam..maaf ye kawan2..

hihi mencelah ngan Entry khas sekejap..sempena hari Ulangtahun Perkahwinan saya dan Suami yang ke 9..

9 tahun yang lalu 11.11.00..
Dan dititipkan nukilan yang dicipta oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi...buat suami tercinta(copy dari blog klinikummi)


Sempena ulang tahun perkahwinan
Ingin kuimbau seribu kenangan
Sebagai bekal menuju ke hadapan
Moga hari esok kita lebih baik dari semalam
Dengan memanfaatkan hari ini …..yang dalam genggaman
Walau pernah kita tiba di ribuan persimpangan
Tetapi syukur, kita tak pernah hilang SATU tujuan
Sering juga kita diguris perbezaan
Namun kesetiaan kita selalu menyelamatkan
Persinggahan demi persinggahan…..
Kita tak pernah kelelahan
Usiamu adalah sungai kasihku
Setiamu adalah sumur juangku
Aku tidak akan kalah
Kerna kau sentiasa di sisi
Kau tidak akan rebah
Kerna aku sentiasa di situ… Di hatimu!

Oh suamiku,
Kau lampu suluhku di malam kelam
Kau redup teduhku di panas membahang
Sewaktu-waktu aku tinggal keseorangan
Kau tegak setia menjadi teman
Terlalu untuk kuucapkan segala
Kerna makna cinta itu luas saujana
Dan hari-hariku akan terus berlagu setia
Kerna kau berada di sini
Di hati sentiasa!
Terimakasih tak terhingga buatmu suamiku tercinta

Semoga Allah sentiasa memberikan barakah dan rahmatNya pada perkahwinan kami ini..Amin.
Hajat hati memang ingin memberi hadiah yang 'istimewa' kepada suami tapi Allah belum memakbulkan doa kami. Namun begitu, Alhamdulillah..aku bersyukur kerana bagi aku sepanjang perkahwinan ini, nikmat yang diberiNya melalui kasih sayang dari suami merupakan hadiah yang tidak ternilai kepadaku. Terima kasih bang..:-)

Tuesday, November 10, 2009

Ustaz marah?

Pandangan dalam khemah di Mina (masa ni ramai yang balik -Nafar Awal)

Ibadah melontar adalah ibadah yang dijalankan pada 10 Zulhijjah (Jamratul Aqabah shj),dan 11,12,13 Zulhijjah (Jamratul Ula, Jamratul Wusta, Jamrahtul Aqabah).
Bagi jemaah Malaysia kita digalakkan melontar pada malam hari. Kurang sesak.

Tetapi kami mengatur plan sendiri bagi membolehkan urusan peribadi dibuat pada waktu jemaah lain pergi melontar. Tak perlulah berebut giliran atau beratur panjang. Apa plannya? Ini hasil perbincangan dengan abg zul iaitu roomate abg yang pernah mengerjakan haji sebelum ni...Jadi kami pergi berempat..aku, abg, abg zul dan wifenya kak faizah. Kami menuju Jamrah selepas solat jamak Zuhur dan Asar iaitu sekitar jam 3.00 ptg.

Ramai? memang ramai..hayunan langkah diatur dicelah-celah kelompok jemaah dari negara lain. Panas? sedikit panas tapi di mata terbayang-bayang Jamrah, tak pikir dah pasal panas @ apa, tekad dibuat...dalam hati, yakin Allah akan membantu kami.

Kami ulang pada hari 12, dan pada hari 13 terus menuju ke tempat menunggu bas untuk balik ke Makkah. Alhamdulillah..pada keempat4 hari ni, semua level/tingkat kami dapat rasa. Bukan atas pilihan sendiri tapi mengikut aliran jemaah yang dikawal oleh Polis2 Arab. Tingkat bawah, tingkat 1, tingkat Atas..

Walaupun ada yang perli mengatakan tingkat atas lebih banyak syaitan dan sebagainya bagi aku Allah lebih mengetahui dan Dia yang mengatur perjalanan kami. Takkanlah kami nak lawan pulak abg polis Arab tu semata-mata nak melontar di tingkat bawah. bukankah Allah melarang kita berbalah,bertingkah atau berbantahan semasa mengerjakan haji?

sampai di khemah, maghrib berkumandang, kami segera membersihkan badan dan solat jamak. Pada masa inilah jemaah lain bersiap2 untuk melontar. Aku perhatikan terdapat sebilangan jemaah yang tidak turut serta. Bila ditanya ada yang mengatakan mereka mengupah orang untuk melontar bg pihak mereka.

Di dalam bangunan Jamrah
Cerita tentang upah mengupah ini rupanya telah mengundang kemarahan(kekecewaan) ustaz yang mengiringi kami. Kenapa?
1) ada jemaah yang tidak merujuk kepada ustaz sebelum mengupah orang. berkali-kali dipesan dalam ceramah sebelum berangkat. Kalau nak mengupah pastikan dengan nasihat ustaz kerana ibadah ini tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Jemaah tersebut perlu disahkan yang beliau memang tidak daya. (ustaz kata kalau solat tak buleh berdiri tu barulah ibadah itu boleh diupah).

2) Ada yang menjadi 'ustaz'/'ustazah' yang memberikan pandangan yang mengelirukan. Ada pulak jemaah yang mengikut nasihat2 mereka ini.

Apa yang menyebabkan ustaz sedih/marah/kecewa?
Ada jemaah yang mengupah pada hari 10 zulhijjah manakala hari lain beliau buat sendiri. ini bermakna sebenarnya beliau mampu melontar..jadi bagaimana ibadah melontar pertama itu?

Ada jemaah yang mengupah semua ibadah melontarnya tetapi pada hari berangkat pulang tu semasa lalu di kawasan Jamrah beliau boleh pulak ke kawasan berkenaan dan 'try' melontar.
Astagfirullah...Apabila balik ke Makkah, ustaz mengadakan tazkirah dan menyampaikan rasa kecewa dengan keadaan ini..katanya ini menunjukkan yang ibadah tidak difahami sejelas-jelasnya...dan meminta agar ini dijadikan pengajaran. Ustaz meminta setiap jemaah menyemak setiap ibadat masing2 dan memaklumkan kepada beliau dengan segera sekiranya ada kemusykilan. Wallahuaklam.

Pandangan luar Jamrah, masih dalam pembinaan


**nasihat aku, walau apa jua kekeliruan, rujuklah kepada ustaz atau mutawif pengiring. Jangan minta sebarang pendapat rakan. Bukan apa, takut silap nasihat.

Sunday, November 8, 2009

Dik..boleh bagi makcik dulu?

Tamat semua rukun haji..yang tinggal, wajib haji melontar pada 11,12 dan 13 Zulhijjah..


Semasa mengikuti kursus haji, berulang kali kami dingatkan tentang apa yang akan kami tempuhi di Arafah, Mudzalifah dan Mina. Lautan manusia..pelbagai ragam dan perangai.

Tidak perlu basuh baju....tak ada ruang untuk basuh baju pun. Masa untuk mandi dan qada' hajat juga sekiranya boleh, minimakan. Nisbah bagi bilik air dan tandas adalah 2000 jemaah : 20. Aku selalu memikirkan bagaimana nak kulalui keadaan macam tu...biasanya kalau ada yang menunggu di luar pintu, pasti apa yang di'hajati' tidak kesampaian. Salah seorang kawan abg pula siap pesan lagi suruh bawak screwdriver. Senang katanya, nanti kalau ada kepala paip yang patah...



Oleh itu, aku sering berdoa pada Allah agar memudahkan urusan di sana....sehinggakan aku berdoa semoga aku tak diserang sakit perut dan rasa untuk qada hajat besar sepanjang tempoh tersebut. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan...Allah duga aku dalam bentuk lain...
Seawal jam 2 pagi lagi sudah panjang barisan menunggu giliran untuk ke bilik air. Aku pun ikut sama beratur. Tiba-tiba datang seorang makcik memohon izin utk beratur di depan aku..serba salah dibuatnya. Nak bagi takut pulak orang dibelakang marah. tak bagi..kesian. Abis camna nak buat. Last2 aku decide untuk bagi ruang pada makcik tersebut. Tiba giliran beratur betul2 di muka pintu, datang seorang lagi makcik.. "Dik...boleh bagi makcik dulu? tak tahan ni...". tanpa berfikir panjang aku izinkan. Takkan aku nak biarkan makcik tu terlepas hajatnya di depan aku kan? satu hal pulak nanti. Setelah masuk hari kedua, perkara tersebut berulang..aku mula tertanya-tanya...kenapa agaknya turn aku asyik kena potong? akhirnya aku buat kesimpulan, mungkin sebab orang tengok orang muda kan...:-)


Beberapa sikap jemaah kita yang tidak elok yang aku tgk...suka buang sampah merata-rata. Bayangkan pad, panty liner, plastik dibuang sesuka hati...ini menyebabkan pemandangan yang kurang enak. Walau dah diingatkan, ada juga yang mengambil kesempatan utk basuh baju di ruang yang digunakan untuk berwuduk...kurang bertimbang rasa.
Banyak2 lah bersabar...
Di Arafah dan Mina, makanan kita disediakan oleh Muassasah Arab. Mmm...maklumlah banyak yang perlu disediakan jadi kualiti makanan tidaklah sebagaimana yang kita harapkan..Ada juga jemaah yang diserang cirit birit. Oleh itu, cadangan aku..sekiranya kurang yakin dengan makanan yang diberi, gantikan pengambilan makanan tersebut dengan biskut yang banyak disediakan dan buah-buahan. Minumlah air secukupnya. Ia penting supaya kita bertenanga untuk melontar jamrah pada ketiga-tiga hari tu...


Moga dapat membantu...InsyaAllah.


Ustaz marah? lagi....nanti

10 KM

Suasana malam di Mudzalifah..selepas mengutip batu.

Maktab 83, di Mina

Kami tiba di Mina selepas mengutip batu untuk melontar sekitar jam 1 pagi...letih tapi teruja.

Sebelum memulakan perjalanan haji ke Arafah, petugas memaklumkan bahawa setiba di Mina nanti, kami akan dipecahkan kepada 2 kumpulan mengikut pilihan masing-masing iaitu mereka yang ingin kembali ke Makkah untuk melaksanakan ibadah tawaf haji selepas melontar Jamrah Aqabah, dan kumpulan yang akan tidak kembali ke Makkah sehinggalah selesai semua ibadah melontar. Kami memilih untuk balik ke Makkah kerana bimbang aku akan 'uzur' semasa berada di Mina walaupun mengikut kiraan, masih ada lebih kurang 8 hari untuk 'uzur'.





Setiba di Mina, setelah selepas meletakkan beg, memilih tempat untuk tidur, menyelesaikan urusan 'peribadi', kami menunggu arahan daripada petugas untuk memulakan perjalanan melontar jamrah yang pertama dan kemudian terus menuju ke Makkah untuk mengerjakan Tawaf.


Sekitar jam 3.45 pg, rombongan kami pun bertolak ke Jamrah. Jarak di antara khemah dan Jamrah adalah lebih kurang 3 km selepas melalui terowong Muassim. Berdebar2..excited, takut macam2 ada. Di kiri kanan kami adalah jemaah yang dari negara2 lain yang juga menuju ke tempat yang sama. Ramai yang bertalbiah : Labbaikallahum malabbaik ! Labbaikalaa syarikala kalabbaik...innalhamda...wanniqmata..lakawalmulk..Laa syarika lak ..berkali2. Ada yang membawa bendera..nak senang kenal kumpulan. Kami pun ikut bersemangat sekali turut bertalbiah...apatah lagi apabila nak sampai ke Jamrah. Suasana seperti masing2 menuju ke medah peperangan...(teringat gambaran yang mak berikan sebelum aku berangkat hari tu..kata mak masa melontar nanti pakai kasut jgn pakai selipar, takut dipijak dek orang kerana terlalu ramai...macam nak berperang)..sekarang aku faham maksud mak.



Batu ditangan digengam erat. Allah..Allah..Allah..hati berkata2. Mata memandang ke kiri dan kanan bagi memastikan abg dan ahli kumpulan lain sentiasa ada berdekatan. Apabila tiba di Jamrah ustaz berpesan agar kami melakukan lontaran masing-masing dan berkumpul di hujung kawasan jamrah bila dah selesai. Aku dan abg berlawan arus dengan jemaah di depan kami, yang dah siap berpusu nak keluar...yang belum berpusu nak masuk ke ruang jamrah...abg nyaris2 terkena balingan batu kat kepala....satu...dua...tiga...empat...lima...enam....tujuh! Complete! tak ada batu yang tercicir..melontar dengan semangat dan keyakinan..

Alhamdulillah...selesai...langkah di atur menuju ke Makkah..Allah hu Rabbi....dari Mina ke Jamrah tadi, perjalanannya 3 km...sekarang ada 4 km lagi,..hayunan langkah bagai tak terasa jauhnya...kaki seolah-olah tak berpijak di tanah. Di depan ada mutawif dan rakan2 yang lain...jalan nim jalan,...sesekali berhenti ambik nafas..masuk waktu subuh kami masih di jalanan...di sana sini ramai yang berhenti untuk solat, kami teruskan perjalanan sehingga ke hotel dan solat di sana. Aku ambik kesempatan untuk bergunting dan mandi sepuas-puasnya selepas itu...Alhamdulillah..lega.

Abg ambik keputusan utk ke Masjidil Haram bagi solat sunat aidil Adha...tapi tak sempat. Sebaik sampai, solat baru sahaja selesai.

Kemudian lepas rehat sekejap, kami bersama-sama terus ke Masjidil Haram untuk menyelesaikan tawaf haji..Ramai betul jemaah yang balik ke Makkah dari Mina. Sama macam kami...Allah..kalau tgk lautan manusia tu..memang takut nak ke Dataran tawaf. macam tak ada ruang utk kami tapi Alhamdulillah...kami berjaya juga menyelesaikan tawaf kami di dataran.

Perut terasa sangat lapar..maklumlah dari malam tadi tak makan. Kami beli ayam KFC dan bawak balik ke hotel utk makan.... rombongan kami ambik keputusan untuk balik ke Mina jam 3.30 ptg...iaitu kira-kira 2 jam sebelum masuknya waktu maghrib. Abg ambik keputusan untuk membotakkan kepalanya tapi kedai2 semua penuh. Beratur panjang..akhirnya akulah jadi barbernya,...hihhi..kesian abg...bininya bukan pandai nak mencukur rambut...puas jugaklah nak habiskan satu kepala...oleh sebab berkuping-kuping kelemumur, luka di sana sini...ngeri aku tgk..tapi abg kata its ok tak pe...pedih sikit je..

Ptg itu, kami bertolak balik ke Jamrah menaiki bas...dari Jamrah ke khemah sekali lagi menghayun langkah...3 km.


JUMLAH jauh perjalanan = 3 + 4 + 3 ===> 10 km. Alhamdulillah..
*** sekarang kawasan Jamrah dah besar, bertingkat-tingkat. Jadi para jemaah haji tidak perlu risau...cubalah untuk melakukan sendiri lontaran..InsyaAllah dipermudahkan.

Thursday, October 29, 2009

Makkah..Arafah..Mudzalifah...Mina...Makkah (3)

Luar kawasan khemah di Arafah

Saat untuk wukuf pun tiba...
Agak malang sistem suara di khemah2 kami tidak ok..kami tidak dapat mendengar khutbah Arafah, ada jemaah lelaki tumpang dengar dari khemah-khemah lain berhampiran. Tetapi mujurlah ada Ustazah Fatimah ElZahra yang juga penceramah terkenal tu turut serta dalam kumpulan jemaah zahafiz. Beliau telah memberi tazkirah sebelum solat jamak zohor dan asar pada hari tu...terubat jugalah sedih di hati apabila dipikir2kan balik. Kemudian baki masa yang ada digunakan dengan sepenuhnya untuk memohon keampunan dari Allah taala atas segala dosa-dosa lampau. Berdoa sesungguh hati untuk kedua ibubapa, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Air mata tak tertahan kan...sedih...takut..mengenang dosa yang telah kulakukan. Ya Allah, ampunilah aku...ampunilah kami...

Ada seorang jemaah wanita(rasanya dia dah pernah buat haji) yang kujumpa di bilik air telah memberikan nasihat berguna kepadaku...kata dia "Dik, nanti banyak2kan berdoa..saat diantara hampir terbenamnya matahari adalah saat dimana pintu langit dibuka...mintalah dik..mintalah pada Allah semua yang dihajati..mintalah ampun atas dosa2 kita".
Dari khemah Lelaki
Selepas masuknya waktu Asar, kami para jemaah diminta berkumpul utk taklimat keberangkatan ke Mudzalifah. Disusun aturan untuk menaiki bas...dan kemudian kami diminta berkumpul mengikut kumpulan mahram masing-masing cthnya husband and wife..anak dan ibubapa dan sebagainya utk membolehkan kami mencari tempat yang sesuai untuk berdoa bersama-sama. Aku jumpa husband..mohon maaf daripada dia dan kami keluar dari kawasan khemah lalu mencari tempat dan mula berdoa..SubhanAllah..Alhamdulillah..Allah hu Akbar...

Ketika hampir menjelangnya matahari terbenam, aku mengingatkan husbandku utk berdoa...sekali lagi kami sama-sama memohon doa. Setelah kembali ke tanahair, antara cerita yang kedengaran adalah pada waktu itu ada jemaah yang dapat melihat tulisan Allah, Muhammad, La ila haillallah..muncul di langit. kami tak nampak..Allah tak izinkan kami untuk melihat kebesaranNya itu. Namun aku bersyukur ditemukan dengan kakak jemaah yang memberikan nasihat pada aku tadi...dan bersyukur aku diberi kesempatan utk berdoa..
Dari khemah wanita


lagi..nanti..

Makkah..Arafah..Mudzalifah...Mina...Makkah (2)

Assalamualaikum..
Perjalanan menuju ke Arafah kami bermula selepas zohor 8 Zulhijjah, walaupun asal perancangannya adalah sekitar jam 9 pagi. Jemaah dipanggil mengikut aras masing-masing. Kami dari aras 8 dan 9 digabungkan. Apabila turun ke lobi hotel bas telah sedia menunggu. Kami beratur bersama-sama mahram masing-masing. Dalam perjalanan kami berdoa bersungguh-sungguh agar segala dipermudahkan. Jalan agak sesak dengan kenderaan. JAMMED...
Kelihatan dari jauh, ada pelbagai jenis bas, aircond, tak de aircond..even ada ada bas yang jenis lama dimana bumbungnya juga dimuatkan dengan jemaah. Terasa insaf dalam hati...sekurang-kurangnya bas kami ini elok keadaannya. Malah salah satu bas jemaah kami rosak dipertengahan jalan. Mujurlah ada yang membantu jemaah2 tersebut. Apabila masuk waktu Asar, kami diingatkan untuk solat asar kerana takut tak sempat kalau sampai di Arafah nanti. Untuk kali pertama dalam hidupku, aku solat atas kenderaan(bas). Pada masa inilah spray (yg biasa digunakan utk iron baju tu) penting. Kami guna utk berwuduk. Bagi jemaah wanita agak susah sikit nak ambik wuduk sebab perlu jaga aurat..tetapi alhamdulillah Allah permudahkan.

Tiba di Arafah menjelangnya maghrib. Kami ditempatkan di dalam khemah masing-masing dimana semua jemaah wanita diletakkan di 2 khemah besar kalau tak silap aku..begitu juga dengan jemaah lelaki. Ketika ni aku tercari-cari juga roomateku, tapi dah tak nampak..terpisah. Solat ketika di Arafah, Mudzalifah dan Mina dikerjakan secara jamak tamam, iaitu menghimpunkan 2 waktu solat(jamak) dan setiap waktu dicukupkan bilangan rakaatnya tidak dipendekkan. Contohnya Zohor dan Asar (8 rakaat) serta Maghrib dan Isyak (7 rakaat).
Malamnya kami dinasihatkan supaya berehat agar dapat memberi tumpuan kepada waktu wukuf keesokan hari. Pada pandangan aku, eloklah kita isi masa sebelah malam ini dengan solat2 sunat..zikir.. dan pastikan tidur yang secukupnya. Ada khabar mengatakan salah seorang jemaah lelaki (pilot) meninggal dunia pada malam tersebut. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Rezeki dia dapat meninggal di Arafah kan? Malam itu aku tersedar sekitar jam 1.30 pagi. walaupun masih panjang masa sebelum subuh, mata sudah tidak mampu dilelapkan. Kemudian aku ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Ramai orang. tiba-tiba bunyi seperti ada benda yang terjatuh dan bising-bising. Ada jemaah wanita tua pengsan dalam bilik air. Aku bergegas nak melihat. Tiada siapa yang berani membantu..aku terus meluru ke bilik air tersebut dan memegang makcik itu..Allah hu Akbar..masih bernyawa...Alhamdulillah. Aku jerit minta jemaah lain masuk dan bantu aku angkat makcik. Kami angkat makcik dan bawak ke kawasan lapang..petugas Zahafiz bergegas mencari petugas kesihatan tabung haji..Tak lama kemudian makcik tersebut sedar. Rupa2nya dia pengsan akibat tak tahan dengan panas sejuk kat sana. Kami semua diingatkan agar kalau nak mandi, mula dengan bahagian kaki dahulu untuk elak kejadian yang sama berulang.

lagi nanti ...

Wednesday, October 28, 2009

Makkah..Arafah..Mudzalifah...Mina...Makkah (1)

Tibalah hari yang ditunggu..kemuncak haji. Arafah! berdebar-debar hati saat diumumkan tarikh 1 Zulhijjah oleh kerajaan Arab. ini bermakna dalam masa 8 hari saat untuk menuju ke Arafah telah tiba..pelbagai tazkirah, taklimat dan nasihat diberikan oleh petugas Zahafiz Travel kepada semua jemaah..setiap orang digalakkan merancang barangan seminima yang mungkin utk dibawa, yang penting adalah keperluan asas, ubat2an dan kad haji. Jemaah juga diingatkan agar selalu membaca doa "Rabbi yassir wa la tuassir rabbi at mim bilkhair.." mohon Allah memberi kemudahan dalam perjalanan. Jemaah juga diingatkan tentang niat haji (bagi mereka yang mengerjakan haji tamattuk) yang perlu dibuat semasa turun dari bilik hotel.
Nasihat aku :
Fahamilah proses yang bakal dilalui, apa yang kita akan lakukan di Arafah, Mudzalifah dan Mina nanti..apakah amalan yang kita akan lakukan sepanjang di sana.
Yang lain..
  1. Rancang bagasi..(sebaiknya bawa beg kecil @ hand luggage atau backpack
  2. Bincanglah dengan pasangan atau keluarga doa yang akan dipohon sepanjang di sana
  3. Berserah kepada Allah taala dan mohonlah bersungguh hati agar perjalanan ini dipermudahkan
    Dengar dan ikut arahan petugas...masa untuk bertolak disusun mengikut maktab masing2. petugas akan menyusun giliran untuk bertolak, ikutlah dengan baik setiap arahan. tidak perlu terburu2, berebut-rebut untuk menaiki bas. pastikan pasangan atau mahram anda menaiki bas yang sama, jgn sampai terpisah...kalau terpisah jgn runsing, bersabar dan minta bantuan dari petugas tabung haji.
-saat2 untuk bertolak dalam keadaan yang ramai, sesak kadang-kadang mencetus rasa tidak puas hati. Berebut-rebut, bercakap yang tidak sepatutnya. cthnya jika bas lambat (ada yang merungut2, marah dan sebagainya. Kita kena ingat pada masa ini bukan bas kita sahaja yang akan bertolak. Ada lagi berapa juta orang akan menuju ke tempat yang sama. Akan ada kemungkinan traffic jam. Jadi beristigfarlah...berdoalah sesungguh hati agar dipermudahkan. Jarak lebih kurang 25 km antara Makkah ke Arafah mungkin mengambil masa sehingga 3 - 4 jam. BERSABARLAH...

Tuesday, October 27, 2009

Debaran Arafah


Dalam tempoh lebih kurang 10 - 11 hari menunggu waktu bertolak ke Arafah, antara rukun Haji yang telah kami lengkapkan adalah niat dan saie. Oleh itu sepanjang kami menunggu untuk menunaikan rukun berikutnya iaitu Wukuf di Arafah, aktiviti seharian kami tertumpu kepada urusan ibadat harian di samping menjaga 13 pantang larang. Bagi jemaah yang mengerjakan umrah selesai sahaja umrah pertama, mereka telah bebas dari ihram dan boleh memakai pakaian biasa. Bayangkan, abang dan beberapa rakan yang mengerjakan haji Ifrad perlu mengekalkan pakaian ihram iaitu 2 keping kain tidak berjahit sehinggalah selesai bercukur selepas melontar Jamrah Aqabah(lontaran 10 Zulhijjah) atau dipanggil sebagai tahallul awal. Di samping itu larangan seperti tidak boleh mencukur(mengunting) rambut, memotong kuku, larangan berkaitan haiwan buruan dan sebagainya perlu dijaga agar tidak terlanggar. Kekangan utama pada pandangan aku adalah rambut..kerana bimbang juga rambut gugur disebabkan kita menggosok dengan kuat. Mmm..kelemumur berkeping kat kepala abg..hihihi..



Nasihat aku, seeloknya bagi yang lelaki sebelum berangkat, potong rambut style mawi tu..hihihi. itu yang abg buat....and bagi kita wanita pun, kalau boleh rambut pendek supaya senang diuruskan. Sepanjang tempoh ini kami langsung tak ke kedai utk membeli belah (dok ingatkan dari kat M'sia lagi yang kalau nak beli apa sekalipun beli selepas habis haji). Rutin kami adalah Hotel --> Masjidil Haram --> Hotel...hotel kami duduk tu nama dia Nisma Mawaddah.





Masa ni orang betul2 ramai...MasyaAllah..SubhanAllah..tingkat bawah dan dataran sentiasa penuh sesak..tapi yg takjubnya...InsyaAllah akan ada ruang utk kita solat kalau kita betul2 nak. Kalau was2 memang tak dapat. Aku sebolehnya ingin mencari ruang yang membolehkan aku nampak Kaabah..kalau tingkat 1 susah nak nampak..tapi ada juga aku memang terpaksa naik tingkat 1.





Di Makkah tiada pengasingan saf lelaki dan perempuan, jadi kita kena pandai2 cari saf yang tidak terlalu bercampur dengan lelaki. Ada jemaah yang solat bersebelahan suami/jemaah lelaki. mengikut pendapat mazhab masing-masing. Apa yang aku buat adalah, mencari ruang saf yang ramai perempuan selalunya berdekatan Babul(pintu) Fatah. Oh ya, berjanjilah dengan suami masing-masing dekat mana nak tunggu apabila selesai solat supaya senang. Selalunya, berjanjilah dekat2 pintu nak keluar(tengok pintu apa masuk, pintu itu juga untuk keluar).


*gambar anak2 Arab sedang belajar mengaji...sangat comel..
*gambaran dataran Kaabah yang penuh dengan jemaah.

-hanim










saya budak baru belajar 1

salam..

ada kawan kata post terdahulu aku tak boleh nak letak komen? aisey...tak ada bondo pun yang aku ubah ..nape pulak tak buleh komen?? so entry ni nak try je..tengok apa masalah eh..(telinga aku ni dok terdongar2 member sebolah ni speaking nogori...itu yang entry ni jadi entry versi nogori sombilan..) esey...jgn marah yo kawan...(kalau marah pun dia bukan buleh komen..kih kih kih)

try!

Monday, October 26, 2009

dan perjalanan pun bermula



Abang di Lapangan Terbang Jeddah


Bismillahirrahmanirrahim....

2 3 post yang akan kubuat khas sempena bulan haji ini adalah berkisar tentang pengalaman aku pada tahun lepas...yang aku akan kongsi mengikut kronologi perjalanan haji ku...Aku ambik keputusan untuk menulis dulu tentang perjalanan ini sebagai peringatan pada diriku sendiri akan tanggungjawab besar yang aku galas setelah pulang. Kadang-kadang terbabas juga..LALAI. titik. terikut godaan syaitan..titik. Moga-moga repitition yang dibuat oleh otak aku untuk mengimbas kembali perlaksanaan haji ini dapat mentarbiah diri aku selain dari membantu rakan-rakan mendapat gambaran tentang perjalanan haji ini.




Mula ..




perjalanan musafir kami bermula 27/11/2008 hari khamis malam, bertolak selepas solat isyak dan solat sunat musafir dirumah. Kami dihantar oleh keluarga sebelah husband aku(family aku tak dapat hantar sebab nanti susah diorang nak balik ke kedah ..sedih sungguh rasa hati bila aku peluk mak aku masa diorang ziarah seminggu sebelum kami berangkat..aku minta maaf sungguh2 dengan mak ayah aku atas segala dosa dan minta diorang doakan keselamatan kami di sana).





Tiba di Kelana Jaya sekitar jam 10.00 ..daftar, tunggu hingga disuruh masuk ke ruangan berlepas. bertolak ke KLIA dengan bas pukul 3 pagi mcm tu, tunggu subuh dan berlepas ke Jeddah sekitar jam 7 pagi.


Kami mengerjakan haji Ifrad, bermakna kami akan mengerjakan haji dahulu kemudian baru mengerjakan umrah. Jenis haji terdiri dari 3 iaitu haji ifrad, haji qiran (mengerjakan umrah dan haji serentak) dan haji tamattuk (mengerjakan umrah dahulu, bebas ihram dan kemudian niat haji dan mengerjakan haji). Apabila tiba di Qarnul Manazil(tempat miqat), kami berniat haji disitu dan bermulalah ihram haji kami denga 13 pantang larang yang perlu dipatuhi. Ada juga yang berniat umrah iaitu bg mereka yang mengerjakan haji tamattuk. Tiba di Jeddah lebih kurang pukul 11 pagi. KT dan jemaah kami ini adalah antara KT yang terakhir, oleh itu perjalanan kami terus ke Makkah dan kami akan ke Madinah sebelum pulang ke tanah air nanti.

Di Jeddah urusan check out dan sebagainya mengambil masa yang agak lama dan kami bertolak ke Makkah sekitar maghrib. Perasaan yang berbaur-baur, letih, lelah dan teruja ada dalam hati sepanjang perjalanan dengan bas ke Makkah.


Alhamdulillah .. selepas urusan check in, kami berangkat ke Masjidil Haram bagi melaksanakan tawaf Qudum iaitu tawaf selamat datang...solat sunat dan sebagainya. Alhamdulillah..bermulalah episod haji kami.



-hanim

Sunday, October 25, 2009

BILA TIBA BULAN HAJI


Hati aku sekali lagi dipaut rasa sayu dan pilu..setiap kali musim ini datang..Ianya bermula selepas balik dari umrah 2004, pernah sekali masa on the way balik dari kerja ada bas membawa jemaah haji lalu kat sebelah kereta aku diiringi dengan polis trafik, aku menitiskan air mata kesayuan...perasaan yang tak tau nak diungkapkan..sejak itu aku menanam azam nak buat mengerjakan haji dengan husband aku secepat yang mungkin..


Aku daftarkan nama aku dan husband secara online 2006..bulan 11 kalau tak silap. Then thn 2007, aku ngan husband ikut kursus dengan zahafiz travel sebab husband aku kata ada 2 3 orang kawan opis dia (kawan baik dia) nak pergi ngan zahafiz..Kami pun mula menulis surat rayuan. 2 kali surat dibuat and kursus tu diikut sampai la tamat, tapi rupanya nama kami tak terpilih utk thn tu..sebaliknya kawan2 abg semua dapat pergi..maybe Allah tak jemput sebab kami belum bersedia..maybe juga memberi ruang supaya aku dapat selesaikan kenduri adik2 aku tahun tu..


2008, sekali lagi kami ikut kursus, ulang semula bagi memantapkan pemahaman..aku berdoa tak putus2 and setiap kali ada orang pegi umrah, itulah doa yang kukirimkan, moga2 ada rezeki kami thn ni.. and bulan 7 mak ayah dan abg aku dapat panggilan ke sana mengerjakan umrah, sekali lagi doa aku kirimkan.. Surat rayuan dibuat kepada tabung haji 2 kali..ada la beberapa dugaannya..tak yah la cerita...and Alhamdulillah syukur, bulan syawal 1429, nama kami terpilih untuk mengerjakan haji..Allah hu Akbar..hajat dimakbulkan. ada macam2 perasaan..gembira..takut..sayu..sedih...semua ada...dan kami berangkat 27 Nov 2008 dan balik ke tanahair 7/1/09...Alhamdulillah syukur nikmat Allah...


dan thn ni, sekarang ni..musim ini kembali...hatiku sekali lagi dipaut rasa sayu..pilu..rasa nak ke sana lagi..mengulangi proses yang sama...


Entry ini bukan tujuannya nak bermegah2 atau berbangga yang aku dah buat haji....nauzubillah..kita hanya hamba yang kerdil tak perlu ada perasaan takbur,riak semua tu.. tetapi berkongsi rasa yang aku sedang alami..dan juga nak encourage rakan2 sekelian, jomlah kita tanamkan azam nak buat haji dalam keadaan badan yang masih sihat..ada tenaga. marilah kita doa sesungguh hati agar Allah memudahkan urusan haji kita...nanti kalau ada kesempatan aku akan berkongsi cerita tentang keadaan, tempat dan ibadat yang kita perlu lalui di sana...InsyaAllah..



dan thn ini, kakak iparku (kak Siti Zaleha @ yua dan suami abg hamdan) mendapat jemputaNya....mereka akan berangkat ke tanah suci pagi jumaat ini 29/10/09. aku doakan mereka sentiasa sihat, selamat, dan mendapat haji yang mabrur . Insya Allah..


panjangnye entry ini...:P



-hanim

kenapa animanje..

salam..

wah..wah..bunyinya macam anim manja je kan? tak sesuaiii..hihihi
ini adalah kombinasi nick name aku ngan nick name husband aku..anje tu arwah mak dia yang bagi..and bagi aku sangat nostalgia...
even kat keta picanto aku (walaupun aku tak drive lagi) hihihi...ada nama ni..so kalau terjumpa picanto oren dengan nama anim dan anje tu, aku la tu...:P

-hanim

Saturday, October 24, 2009

SULUNG

Assalamulaikum ..

akhirnya..setelah sekian lama teringin nak buat blog sendiri..ye lah asyik dok jadi 'silent reader' je kan...trylah create my own blog...

nanti2lah cerita ya..nak belajar godek2 dulu tengok apa yang boleh diubahsuai ..


till then,
-hanim