Tuesday, November 24, 2009

Madinah .. bertemu "SH"..:-)

Salam..

Agak lama tak update..kelas dah mula..not that br nak buat preparation ke apa cuma..bila tiba malam je..ngantuk...letih....


kita sambung lagi ya kawan2...tentang Madinah. Di Madinah cuacanya sejuk..angin sejuknya terasa2 ke tulang terutamanya awal pagi..dan acaranya banyak kepada sesi lawatan. Antara tempat yang kami pg adalah ladang kurma, Jabal (bukit) Uhud, Kilang Al Quran, Bukit Magnet dan sebagainya. Masa yang berbaki kami isi dengan sesi 'mengukur jalan'. Berkunjung ke kedai2 menjamu mata...:-)


Sebelum berangkat ke Tanah suci, aku ada bgtau dengan member baik aku, Kak Siti Haryani (initial kami sama iaitu 'SH'..kalau sign borang, sign sama..hihihi)yang keja kat Yanbu, Arab sebagai pensyarah. Hajat dihati kalaulah ada kesempatan memang ingat nak jumpa dia. Masa ni dia tgh pregnant anak yang ke 5..dah 8 bulan lebih dah..so masa kat sana aku sms dia bgtau hotel aku (Hotel Bahauddin)..and dia janji nak dtg visit. 2 3 hari before hari yang dijanjikan tu (sepatutnya dia datang Jumaat) dia sms bgtau kena warded..aku risau gak kalau2 dia dah nak bersalin ke apa kan...so husband kata takpelah kalau tak dak rezeki nak jumpa nak buat cemana

then Khamis tu dia sms bgtau yang dah keluar ward and jadi lah dia nak datang ke madinah..jumpa aku and jumpa cousin dia yang kebetulan buat haji jugak...seronok hati aku..:-)



Dari Yanbu ke Madinah 2 jam perjalanan...Kak CT sampai dalam pukul 9 lebih camtu...borak2 jap then pg masjid untuk solat Jumaat. lepas makan tghari, kami dibawa oleh En Shah (husband kak CT) pg membeli kurma kat pasar kurma...senang bawak orang pandai cakap arab ni..hehehe.,..dapatlah murah sikit. Masa memang suntuk, kami terus ke Masjid untuk solat Asar, lepas tu jumpa kak CT kat hotel cousin dia...borak2...then diorang pun balik....walaupun sekejap..aku happpyyyyy sangat. Terima kasih kak CT and family kerana sudi jenguk kami.


jom tgk gambar2 ..



Abg, Aina, Eiman, Hanan, En Shah dan Yasmeen

Aina, Aku, cousin kak CT, Meen, Hanan, Kak CT, Eiman

Wednesday, November 18, 2009

Allah Maha Mengetahui..

taip...taip..terdelete...mmm

esok la pulak...

Monday, November 16, 2009

Raudhah .. harapan melimpah

Ada beberapa checkpoint untuk sampai ke ruang Raudhah..setiap kali berhenti, ustazah akan memberikan tazkirah dan beberapa kali juga ditegur oleh polis wanita Arab tu. Ustazah kata polis2 tu melarang sesi tazkirah kerana takut kita ada mengajar ajaran bidaah...jadi ustazah bgtau polis tu yang sebenarnya dia suruh kitorang bersopan dan menjaga adab.

Airmata tak tertahankan..Mengalir perlahan di pipi..terkenang mak ayah dan keluarga. Sayu.

Akhirnya kami berhenti di last checkpoint, betul2 bawah bumbung yang boleh kembang kuncup tu..dipanggil bumbung kurma....ustazah kata tgk sebelah kiri, atas..
Ya Allah dah nampak kubah hijau dimana bawahnya adalah maqam Rasulullah s.a.w..Allah..Allah..Allah..syukur Ya Allah, aku berasa seolah-olah dekat betul dengan Rasulullah..sayu..air mata mengalir lagi..

Apabila dipanggil masuk, dengan gengaman kuat kak Faizah, kami melangkah masuk..beratur ambil giliran untuk solat..dalam bergegas-gegas masuk itu, tangan terlepas dari kak Faizah. Aku nampak dia di hadapan..lalu tumpuanku hanya pada karpet. Selagi belum berpijak pada karpet hijau kelabu itu, aku bergerak sedikit lagi ke hadapan..sambil mulut tak putus2 berselawat dan mengucap salam.

Selesai sahaja jemaah depanku solat dan beredar, aku terus ambil kedudukan dan takbir serta solat. Air mata memang mengalir laju...pada sujudku yang terakhir, aku ambil masa sedikit untuk berdoa dalam hati..memohon segala harapan yang tersimpan terutama keampunan buat aku, suami, mak ayah serta ahli keluarga yang lain..

Semasa tahyat akhir, bahuku disentuh lembut oleh polis Arab meminta aku beredar. Lantas selesai salam aku berfikir untuk memberi peluang pada orang lain pulak...cepat-cepat aku bangun dan bergerak perlahan untuk keluar tu tiba-tiba ada ruang kosong disebelah kananku yang seolah-olah terbentang untuk aku..jadi aku pun sekali lagi angkat takbir dan solat kali kedua..syukur Ya Allah, dalam kepayahan ini aku diberi peluang untuk solat 2 kali di sini...terasa seolah-olah semua harapanku menderu, melimpah keluar..walaupun hanya dalam hati...aku bisik satu persatu.

Puas...aku pun beredar keluar...Ya Allah esok aku nak mai sini lagi.....nak mai sini lagi...

Friday, November 13, 2009

Raudhah..airmataku tumpah

Raudhah, copy dari sini

Balik ke bilik aku merencana jadual untuk ke Raudhah..


Di Madinah, ruang solat bg lelaki dan perempuan di asingkan. Masuk pun pintu lain-lain. Dan hotelnya lebih dekat..Keluar pintu pagar Masjid, lintas jalan terus masuk ke Hotel. Oleh sebab itu, kalau nak makan ke jalan2 ke tunggu abg kat hotel je. Jadi, aku minta izin abg nak stay kat Masjid setiap kali lepas isyak. Kalau abg makan dulu, dia akan ambikkan bekal aku bawak balik bilik..(baik kan suamiku? hihihi). Doa supaya dapat peluang masuk Raudhah sejak dari M'sia lagi. Sebabnya aku dok imagine kalaulah masa umrah 2004 dulu pun ramai dan peluang nak masuk sana tak dapat inikan pula masa haji. tapi mak kata masa dia pg umrah July 2008 tu, diorang dah asingkan jemaah mengikut negera dan digroupkan. Dan dia lepaskan masuk 1 group demi 1 group. M'sia gabung dengan Indonesia dan Thailand(tapi tak ramai).


Raudhah bahagian lelaki, gambar copy dari sini

Raudhah ni kawan2, adalah 1 kawasan di dalam Masjid Nabawi yang dikatakan sebagai kawasan di antara bilik/rumah Rasulullah s.a.w dengan mimbar masjid. Diriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda " Antara kamarku dan mimbarku terletak satu bahagian dari taman syurga". Dan merupakan salah satu tempat yang mustajab doanya. Mengambil keberkatan inilah Raudhah menjadi tempat tumpuan. Penuh sesak. Tengok carpet..ada beza dari segi warna. Raudhah carpetnya hijau kekelabuan, karpet lain warna merah.


Petugas Zahafiz juga memaklumkan tentang sesi lawatan dalam masjid yang akan dijalankan keesokkan harinya bagi sesiapa yang nak join. Ini bermakna Ustazah akan bawak kami untuk masuk ke dalam Raudhah., lepas sarapan. Dengar sahaja info ni, teruja rasa hati...dalam hati mintak2 janganlah aku terlupa...


Sebelah paginya lepas Subuh..balik ke Hotel untuk makan..tanya2 petugas pukul berapa agak2 sesi lawatan tu. Katanya lebih kurang pukul 8. Kami diingatkan untuk siap2 berwuduk. Berdebar-debar. Berkumpul depan hotel. Jumpa kak Faizah, roomate ku masa di Makkah. Beriringan dengan dia. Ustazah bagi penerangan serba sedikit. Katanya setiap kali masuk dalam Masjid, untuk solat, mulakan dengan menyampaikan salam kepada Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan kemudiannya Saidina Umar. Tak perlu tunggu untuk masuk ke Raudhah baru nak bagi salam. Dalam masjid solat Tahiyatul Masjid dulu sementara menunggu dipanggil ikut kumpulan. Kami bercadang untuk simpan solat sunat Dhuha di dalam kawasan Raudhah.


Kemudian kedengaran..."Asia! Indonesia! Indonesia..."..Jeritan polis2 wanita Arab memanggil kumpulan-kumpulan sambil memegang sepanduk..Allah..Allah...Rabbi Yassir wala tuassir..Rabbi At mim bilkhair...bibir terus menerus berdoa..mudahkanlah Ya Allah..mudahkanlah..


Ibu..Ibu..sini ibu..sini...Ibu!..Jalan Ibu..Jalan..(dalam slang Arab) polis wanita Arab menjerit memberi arahan..kelakar jugak sebab bila dia suruh sebut suruh kita ke kanan, tangannya tunjuk kiri..confius..heheh..



lagi...nanti!

Wednesday, November 11, 2009

Muharram 1430

Selesai sudah urusan melontar..maka tamatlah perjalanan haji kami..Alhamdulillah..

Baki hari2 terakhir dihabiskan dengan sesi umrah, lawatan ke ladang unta, kilang Al Quran dan membeli barang2 untuk dibawa pulang. Banyak gambar2 diambil dalam sesi lawatan. nantilah aku buat entry lawatan tu ye..


Ada sesetengah barang diposkan terlebih dahulu..kerana nak mengurangkan jumlah kg beg tu nanti. Ada banyak peringkat jugalah pos tu. Last sekali pos semasa kat Madinah sebab ada lagi lebihan kg (dengarnya kalau lebih 1 kg kena charge hingga 25 Riyal). Banyak tu! Ambik langkah selamat pos je lah..1 kg 15 riyal. Tapi bila kat airport, rupa2nya mungkin dah rezeki orang lain kut langsung tak da masalah timbangan kena bayar walaupun ada yang kami tahu begnya memang berat..hihihi...takpelah rezeki masing-masing..


Perjalanan menuju Madinah 1 Muharram 1430. Kami berpuasa. Bekalan yang diberi dalam bas digunakan untuk berbuka puasa..sampai di sana jemaah baru sahaja selesai solat Asar di Masjid Nabawi..Kami terus ke Hotel dan dapatkan kunci bilik. Di sini, aku dan abg duduk 1 bilik. Ini memang telah dirancang sejak dari M'sia lagi setelah bertanya2 dengan kawan2 abg yang menggunakan pakej yang sama thn 2007. Abg cadangkan kami solat Maghrib di bilik sahaja memandangkan kami nak berbuka puasa. Usai solat dan makan kami terus menuju ke Masjid. Allah! aku terlupa nak keluarkan handphone dari beg galasku. Rupa-rupanya handphone yang ada kamera tidak dibenar bawak masuk dalam masjid. Terpaksa solat diluar..melepas peluang masuk Raudhah kerana peluang dibuka selepas waktu Isyak kira-kira jam 8 hinggalah 10 malam. Di sini bagi jemaah wanita ada masa-masa tertentu untuk masuk Raudhah. Semasa menunggu masuk waktu Isyak tu, aku sembang2 dengan jemaah Indonesia disebelah aku. Aku tanyakan cara bagaimana nak masuk ke Raudhah. Dan kakak tu bagi sedikit tips. Dia? sepanjang berada di sana setiap hari dia masuk Raudhah. Dia ajak aku tapi sebab aku bawak handphone tu maka terpaksalah tangguh dulu hajat tu.

Raudhah? lagi..nanti.

"Abg, Selamat Hari Ulangtahun perkahwinan kita yang ke 9"

Salam..maaf ye kawan2..

hihi mencelah ngan Entry khas sekejap..sempena hari Ulangtahun Perkahwinan saya dan Suami yang ke 9..

9 tahun yang lalu 11.11.00..
Dan dititipkan nukilan yang dicipta oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi...buat suami tercinta(copy dari blog klinikummi)


Sempena ulang tahun perkahwinan
Ingin kuimbau seribu kenangan
Sebagai bekal menuju ke hadapan
Moga hari esok kita lebih baik dari semalam
Dengan memanfaatkan hari ini …..yang dalam genggaman
Walau pernah kita tiba di ribuan persimpangan
Tetapi syukur, kita tak pernah hilang SATU tujuan
Sering juga kita diguris perbezaan
Namun kesetiaan kita selalu menyelamatkan
Persinggahan demi persinggahan…..
Kita tak pernah kelelahan
Usiamu adalah sungai kasihku
Setiamu adalah sumur juangku
Aku tidak akan kalah
Kerna kau sentiasa di sisi
Kau tidak akan rebah
Kerna aku sentiasa di situ… Di hatimu!

Oh suamiku,
Kau lampu suluhku di malam kelam
Kau redup teduhku di panas membahang
Sewaktu-waktu aku tinggal keseorangan
Kau tegak setia menjadi teman
Terlalu untuk kuucapkan segala
Kerna makna cinta itu luas saujana
Dan hari-hariku akan terus berlagu setia
Kerna kau berada di sini
Di hati sentiasa!
Terimakasih tak terhingga buatmu suamiku tercinta

Semoga Allah sentiasa memberikan barakah dan rahmatNya pada perkahwinan kami ini..Amin.
Hajat hati memang ingin memberi hadiah yang 'istimewa' kepada suami tapi Allah belum memakbulkan doa kami. Namun begitu, Alhamdulillah..aku bersyukur kerana bagi aku sepanjang perkahwinan ini, nikmat yang diberiNya melalui kasih sayang dari suami merupakan hadiah yang tidak ternilai kepadaku. Terima kasih bang..:-)

Tuesday, November 10, 2009

Ustaz marah?

Pandangan dalam khemah di Mina (masa ni ramai yang balik -Nafar Awal)

Ibadah melontar adalah ibadah yang dijalankan pada 10 Zulhijjah (Jamratul Aqabah shj),dan 11,12,13 Zulhijjah (Jamratul Ula, Jamratul Wusta, Jamrahtul Aqabah).
Bagi jemaah Malaysia kita digalakkan melontar pada malam hari. Kurang sesak.

Tetapi kami mengatur plan sendiri bagi membolehkan urusan peribadi dibuat pada waktu jemaah lain pergi melontar. Tak perlulah berebut giliran atau beratur panjang. Apa plannya? Ini hasil perbincangan dengan abg zul iaitu roomate abg yang pernah mengerjakan haji sebelum ni...Jadi kami pergi berempat..aku, abg, abg zul dan wifenya kak faizah. Kami menuju Jamrah selepas solat jamak Zuhur dan Asar iaitu sekitar jam 3.00 ptg.

Ramai? memang ramai..hayunan langkah diatur dicelah-celah kelompok jemaah dari negara lain. Panas? sedikit panas tapi di mata terbayang-bayang Jamrah, tak pikir dah pasal panas @ apa, tekad dibuat...dalam hati, yakin Allah akan membantu kami.

Kami ulang pada hari 12, dan pada hari 13 terus menuju ke tempat menunggu bas untuk balik ke Makkah. Alhamdulillah..pada keempat4 hari ni, semua level/tingkat kami dapat rasa. Bukan atas pilihan sendiri tapi mengikut aliran jemaah yang dikawal oleh Polis2 Arab. Tingkat bawah, tingkat 1, tingkat Atas..

Walaupun ada yang perli mengatakan tingkat atas lebih banyak syaitan dan sebagainya bagi aku Allah lebih mengetahui dan Dia yang mengatur perjalanan kami. Takkanlah kami nak lawan pulak abg polis Arab tu semata-mata nak melontar di tingkat bawah. bukankah Allah melarang kita berbalah,bertingkah atau berbantahan semasa mengerjakan haji?

sampai di khemah, maghrib berkumandang, kami segera membersihkan badan dan solat jamak. Pada masa inilah jemaah lain bersiap2 untuk melontar. Aku perhatikan terdapat sebilangan jemaah yang tidak turut serta. Bila ditanya ada yang mengatakan mereka mengupah orang untuk melontar bg pihak mereka.

Di dalam bangunan Jamrah
Cerita tentang upah mengupah ini rupanya telah mengundang kemarahan(kekecewaan) ustaz yang mengiringi kami. Kenapa?
1) ada jemaah yang tidak merujuk kepada ustaz sebelum mengupah orang. berkali-kali dipesan dalam ceramah sebelum berangkat. Kalau nak mengupah pastikan dengan nasihat ustaz kerana ibadah ini tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Jemaah tersebut perlu disahkan yang beliau memang tidak daya. (ustaz kata kalau solat tak buleh berdiri tu barulah ibadah itu boleh diupah).

2) Ada yang menjadi 'ustaz'/'ustazah' yang memberikan pandangan yang mengelirukan. Ada pulak jemaah yang mengikut nasihat2 mereka ini.

Apa yang menyebabkan ustaz sedih/marah/kecewa?
Ada jemaah yang mengupah pada hari 10 zulhijjah manakala hari lain beliau buat sendiri. ini bermakna sebenarnya beliau mampu melontar..jadi bagaimana ibadah melontar pertama itu?

Ada jemaah yang mengupah semua ibadah melontarnya tetapi pada hari berangkat pulang tu semasa lalu di kawasan Jamrah beliau boleh pulak ke kawasan berkenaan dan 'try' melontar.
Astagfirullah...Apabila balik ke Makkah, ustaz mengadakan tazkirah dan menyampaikan rasa kecewa dengan keadaan ini..katanya ini menunjukkan yang ibadah tidak difahami sejelas-jelasnya...dan meminta agar ini dijadikan pengajaran. Ustaz meminta setiap jemaah menyemak setiap ibadat masing2 dan memaklumkan kepada beliau dengan segera sekiranya ada kemusykilan. Wallahuaklam.

Pandangan luar Jamrah, masih dalam pembinaan


**nasihat aku, walau apa jua kekeliruan, rujuklah kepada ustaz atau mutawif pengiring. Jangan minta sebarang pendapat rakan. Bukan apa, takut silap nasihat.

Sunday, November 8, 2009

Dik..boleh bagi makcik dulu?

Tamat semua rukun haji..yang tinggal, wajib haji melontar pada 11,12 dan 13 Zulhijjah..


Semasa mengikuti kursus haji, berulang kali kami dingatkan tentang apa yang akan kami tempuhi di Arafah, Mudzalifah dan Mina. Lautan manusia..pelbagai ragam dan perangai.

Tidak perlu basuh baju....tak ada ruang untuk basuh baju pun. Masa untuk mandi dan qada' hajat juga sekiranya boleh, minimakan. Nisbah bagi bilik air dan tandas adalah 2000 jemaah : 20. Aku selalu memikirkan bagaimana nak kulalui keadaan macam tu...biasanya kalau ada yang menunggu di luar pintu, pasti apa yang di'hajati' tidak kesampaian. Salah seorang kawan abg pula siap pesan lagi suruh bawak screwdriver. Senang katanya, nanti kalau ada kepala paip yang patah...



Oleh itu, aku sering berdoa pada Allah agar memudahkan urusan di sana....sehinggakan aku berdoa semoga aku tak diserang sakit perut dan rasa untuk qada hajat besar sepanjang tempoh tersebut. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan...Allah duga aku dalam bentuk lain...
Seawal jam 2 pagi lagi sudah panjang barisan menunggu giliran untuk ke bilik air. Aku pun ikut sama beratur. Tiba-tiba datang seorang makcik memohon izin utk beratur di depan aku..serba salah dibuatnya. Nak bagi takut pulak orang dibelakang marah. tak bagi..kesian. Abis camna nak buat. Last2 aku decide untuk bagi ruang pada makcik tersebut. Tiba giliran beratur betul2 di muka pintu, datang seorang lagi makcik.. "Dik...boleh bagi makcik dulu? tak tahan ni...". tanpa berfikir panjang aku izinkan. Takkan aku nak biarkan makcik tu terlepas hajatnya di depan aku kan? satu hal pulak nanti. Setelah masuk hari kedua, perkara tersebut berulang..aku mula tertanya-tanya...kenapa agaknya turn aku asyik kena potong? akhirnya aku buat kesimpulan, mungkin sebab orang tengok orang muda kan...:-)


Beberapa sikap jemaah kita yang tidak elok yang aku tgk...suka buang sampah merata-rata. Bayangkan pad, panty liner, plastik dibuang sesuka hati...ini menyebabkan pemandangan yang kurang enak. Walau dah diingatkan, ada juga yang mengambil kesempatan utk basuh baju di ruang yang digunakan untuk berwuduk...kurang bertimbang rasa.
Banyak2 lah bersabar...
Di Arafah dan Mina, makanan kita disediakan oleh Muassasah Arab. Mmm...maklumlah banyak yang perlu disediakan jadi kualiti makanan tidaklah sebagaimana yang kita harapkan..Ada juga jemaah yang diserang cirit birit. Oleh itu, cadangan aku..sekiranya kurang yakin dengan makanan yang diberi, gantikan pengambilan makanan tersebut dengan biskut yang banyak disediakan dan buah-buahan. Minumlah air secukupnya. Ia penting supaya kita bertenanga untuk melontar jamrah pada ketiga-tiga hari tu...


Moga dapat membantu...InsyaAllah.


Ustaz marah? lagi....nanti

10 KM

Suasana malam di Mudzalifah..selepas mengutip batu.

Maktab 83, di Mina

Kami tiba di Mina selepas mengutip batu untuk melontar sekitar jam 1 pagi...letih tapi teruja.

Sebelum memulakan perjalanan haji ke Arafah, petugas memaklumkan bahawa setiba di Mina nanti, kami akan dipecahkan kepada 2 kumpulan mengikut pilihan masing-masing iaitu mereka yang ingin kembali ke Makkah untuk melaksanakan ibadah tawaf haji selepas melontar Jamrah Aqabah, dan kumpulan yang akan tidak kembali ke Makkah sehinggalah selesai semua ibadah melontar. Kami memilih untuk balik ke Makkah kerana bimbang aku akan 'uzur' semasa berada di Mina walaupun mengikut kiraan, masih ada lebih kurang 8 hari untuk 'uzur'.





Setiba di Mina, setelah selepas meletakkan beg, memilih tempat untuk tidur, menyelesaikan urusan 'peribadi', kami menunggu arahan daripada petugas untuk memulakan perjalanan melontar jamrah yang pertama dan kemudian terus menuju ke Makkah untuk mengerjakan Tawaf.


Sekitar jam 3.45 pg, rombongan kami pun bertolak ke Jamrah. Jarak di antara khemah dan Jamrah adalah lebih kurang 3 km selepas melalui terowong Muassim. Berdebar2..excited, takut macam2 ada. Di kiri kanan kami adalah jemaah yang dari negara2 lain yang juga menuju ke tempat yang sama. Ramai yang bertalbiah : Labbaikallahum malabbaik ! Labbaikalaa syarikala kalabbaik...innalhamda...wanniqmata..lakawalmulk..Laa syarika lak ..berkali2. Ada yang membawa bendera..nak senang kenal kumpulan. Kami pun ikut bersemangat sekali turut bertalbiah...apatah lagi apabila nak sampai ke Jamrah. Suasana seperti masing2 menuju ke medah peperangan...(teringat gambaran yang mak berikan sebelum aku berangkat hari tu..kata mak masa melontar nanti pakai kasut jgn pakai selipar, takut dipijak dek orang kerana terlalu ramai...macam nak berperang)..sekarang aku faham maksud mak.



Batu ditangan digengam erat. Allah..Allah..Allah..hati berkata2. Mata memandang ke kiri dan kanan bagi memastikan abg dan ahli kumpulan lain sentiasa ada berdekatan. Apabila tiba di Jamrah ustaz berpesan agar kami melakukan lontaran masing-masing dan berkumpul di hujung kawasan jamrah bila dah selesai. Aku dan abg berlawan arus dengan jemaah di depan kami, yang dah siap berpusu nak keluar...yang belum berpusu nak masuk ke ruang jamrah...abg nyaris2 terkena balingan batu kat kepala....satu...dua...tiga...empat...lima...enam....tujuh! Complete! tak ada batu yang tercicir..melontar dengan semangat dan keyakinan..

Alhamdulillah...selesai...langkah di atur menuju ke Makkah..Allah hu Rabbi....dari Mina ke Jamrah tadi, perjalanannya 3 km...sekarang ada 4 km lagi,..hayunan langkah bagai tak terasa jauhnya...kaki seolah-olah tak berpijak di tanah. Di depan ada mutawif dan rakan2 yang lain...jalan nim jalan,...sesekali berhenti ambik nafas..masuk waktu subuh kami masih di jalanan...di sana sini ramai yang berhenti untuk solat, kami teruskan perjalanan sehingga ke hotel dan solat di sana. Aku ambik kesempatan untuk bergunting dan mandi sepuas-puasnya selepas itu...Alhamdulillah..lega.

Abg ambik keputusan utk ke Masjidil Haram bagi solat sunat aidil Adha...tapi tak sempat. Sebaik sampai, solat baru sahaja selesai.

Kemudian lepas rehat sekejap, kami bersama-sama terus ke Masjidil Haram untuk menyelesaikan tawaf haji..Ramai betul jemaah yang balik ke Makkah dari Mina. Sama macam kami...Allah..kalau tgk lautan manusia tu..memang takut nak ke Dataran tawaf. macam tak ada ruang utk kami tapi Alhamdulillah...kami berjaya juga menyelesaikan tawaf kami di dataran.

Perut terasa sangat lapar..maklumlah dari malam tadi tak makan. Kami beli ayam KFC dan bawak balik ke hotel utk makan.... rombongan kami ambik keputusan untuk balik ke Mina jam 3.30 ptg...iaitu kira-kira 2 jam sebelum masuknya waktu maghrib. Abg ambik keputusan untuk membotakkan kepalanya tapi kedai2 semua penuh. Beratur panjang..akhirnya akulah jadi barbernya,...hihhi..kesian abg...bininya bukan pandai nak mencukur rambut...puas jugaklah nak habiskan satu kepala...oleh sebab berkuping-kuping kelemumur, luka di sana sini...ngeri aku tgk..tapi abg kata its ok tak pe...pedih sikit je..

Ptg itu, kami bertolak balik ke Jamrah menaiki bas...dari Jamrah ke khemah sekali lagi menghayun langkah...3 km.


JUMLAH jauh perjalanan = 3 + 4 + 3 ===> 10 km. Alhamdulillah..
*** sekarang kawasan Jamrah dah besar, bertingkat-tingkat. Jadi para jemaah haji tidak perlu risau...cubalah untuk melakukan sendiri lontaran..InsyaAllah dipermudahkan.