Saturday, June 12, 2010

I'm not hiding..I'm still here...Lillah hi taala..

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak menaip kat sini..yes! it has been months..
husband pun dok sibuk tanya apesal tak update blog..banyak peristiwa yang boleh diceritakan tapi masa tak ada..
bila ada masa..idea plak tak ada..

2 3 bulan ni banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan..aktiviti utk staf, aktiviti utk students. At our College, staff academic bukan hanya mengajar, we have to nurture our students through activities. And that activities are categorized by mentoring, creative teaching, CSR (Community Service) ..fun based etc... Lecturers in every Faculty(we call it School)are group into 5-6 people and will be given 3 categories of programme to handle. My group pun tak terkecuali..We have to complete all 3 activities.

As for me, apart from that tasks, I was assigned other tasks as well..tu yang jadik sibuk sikit. Handle "Kursus Pengurusan Jenazah", International Community Service trip to Cambodia and Vietnam, and Kempen "Teaching at heart" for Lecturers.

And aku pun tambah lagi satu..Program "Atas nama Cinta @ Anda Bijak Jauhi Zina" sebab tak larat nak tengok kes2 orang bunuh anak ni..

Ada yang tanya, kenapa nak buat semua ni..cukup ke masa..ada yang kata akak hebat tu sebab bos suruh akak buat..

Jawapan nya adalah
1) tanggungjawab dan amanah. Bila diberi tanggungjawab..dan amanah ini, kita mesti sedaya upaya cuba buat..

2) aku bukan hebat..bukan nak tunjuk hebat..bukan tapi aktiviti-aktiviti ni aku rasakan perlu untuk future (bg students). Kalau kita tak buat students tak ada experiences, tak ada exposure,tak ada skills.

3) Masa memang tak cukup..kami berusaha sedaya upaya bila ada aktiviti nak kena handle..kalau aktiviti group lain pun selalunya aku akan tolong to make it work..team spirit..(suka sibuk2..hihihi)

So apabila dah usaha kalau Allah tak izinkan..aku REDHA..sekurang-kurangnya kita dah cuba..

My extra programmes tu telah dijalankan (Kursus Pengurusan Jenazah dan Atas Nama Cinta). And both turned out well..Alhamdulillah dengan berkat pertolongan Allah..disamping sokongan rakan-rakan yang lain.

Now, 1 lagi program yang mencabar dan mendebarkan..Internalization (Community Service @ Cambodia and Vietnam). Tarikh yang dipilih : 4-7 OGOS 2010. Ape nak buat kat sana? Serahkan sumbangan to the needy kat sana(Pejabat Mufti Cambodia, Pusat Islam Cambodia and Perkampungan Melayu Campa @ Chao Doc, Vietnam). Gotong Royong bersihkan masjid, kenduri and sukaneka bersama penduduk kampung. Program2 ini bakal diuruskan oleh Al Ameen Serve Holding iaitu Company yang menguruskan akikah dan qurban di Cambodia selama 17 thn. so InsyaAllah we are with the expertise kat situ..tak risau sangat. Visit http://www.korbanaqiqah.com.my/portal/ or http://alameenserve.com/

Program ini no doubt agak mahal untuk students kalau tak ada tajaan..walaupun telah dirancang sejak April lagi..we are still lacks of dana..Dana ini adalah dana untuk membayar separuh dari perbelanjaan yang pelajar perlu keluarkan. Harga sebenar RM1300/person. After a few dana..we manage to cut it to RM 900. Alhamdulillah..Kami jugak akan mengadakan jualan, tayangan amal, and kerja2 to collects money...sapa buat ni? Lecturers and the students...

Problem is students masih rasa RM 900 tu mahal..so not many wants to join so aku and team masih lagi berusaha nak mengurangkan kos pelajar2 ni..
InsyaAllah...kita usaha..Allah yang menentukan..

Ada yang tanya..why do you choose Cambodia?...The idea came to my head bila baca from majalah Anis tentang program Akikah dan Qurban yang dianjurkan..
tentang kesusahan masyarakat Islam kat sana..
tentang daging tu hanya dapat dirasai 1 thn sekali..
tentang hari2 kadang2 hanya makan bubur utk jimatkan beras..
tentang masjid2 mereka yang perlukan bantuan utk dibina ..
tentang bekalan air bersih yang susah utk diperolehi..
Masyarakat Islam di sana bukan lah masyarakat yang ditindas..tapi mereka perlu berusaha sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup..
mereka memerlukan bantuan dan sokongan kita..semoga dengan bantuan yang dihulurkan, mereka tahu yang kita ambil berat...dan keimanan mereka menjadi teguh..

Dan yang paling penting apabila ditanya di akhirat kelak kepada kita :
" apakah kamu telah menunaikan hak jiran2 kamu, hak saudara2 kamu? " kita mampu menjawab bahawa ..kita telah berusaha untuk menunaikan hak jiran kita hak saudara2 kita..

LILLAHI TAALA..Kerana Allah taala.. itulah yang aku selalu tekankan dalam hatiku..dalam fikiranku..program ini adalah terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan usaha jihad ke bumi Palestin, tapi aku berharap..semangatnya nanti akan terus membara dalam diri setiap pelajar yang dibawa..supaya mereka ni nanti akan meneruskan usaha2 untuk berbakti kepada seluruh masyarakat yang memerlukan bantuan..terutamanya saudara seagama...Amin..

so dear friends..doakan kami ya..Amin..

2 comments:

Anonymous said...

bagus nim...usaha yang murni lagi diberkati....moga usaha murnimu dapat balasan yang setimpal...insyaallah....macammana nak menyumbang??

hanimmokhtar said...

InsyaAllah..Amin ya rabbal alamin..Allah jualah sebaik2 pujian.

to those who wish to contribute..kasi email add nanti anim mail no akaunnye..kat email nanti bagi nama penuh ya..

thank you in advance..:-)