Thursday, January 7, 2010

Kegembiraan Seorang Guru..:-)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Hari ni hari mengenang nostalgia lama..kenapa? penangan FB la ni....
Gini kisahnya

Thn 1998..saya grad dari UPM. Bidang Sains Komputer..mak ayah saya paksa  suruh saya balik Kedah. Cari kerja area utara je. Penang bulehlah sebab abang saya ada kat situ. Mula-mula nak prostes gak sebab yelah susah nak cari kerja area sana kan..tapi mengenangkan saya ni dari umur 13 tahun dok jauh dari rumah sampaikan orang kampung sendiri pun saya tak kenal, depa pun tak kenal saya...hihii..ikutkan jugaklah permintaan kedua-duanya. Kena jadi anak yang baik kan..

Hantar resume ke sana sini, mostly kilang kat Penang. Masuk bulan ke 2 dok kat rumah, bosan yang amat..hihihii..mula la nak suarakan protes tu..hihihi...ayah saya pun agaknya tengok anak dia semacam je bosan, dia pun usha-usha la suruh saya pi buat part time kat kilang EMOS (Edaran Motosikal, anak syarikat MODENAS). Jadi tukang key-in data..jadilah daripada dok rumah kebosanan. Satu lagi sebab nak kerja sangat tu pasal saya nak bantu meringankan beban mak ayah..

Saya kerja key-in data ni 1 bulan lebih kurang, tetiba dapat panggilan dari salah seorang lecturer lama, Dr Abu Talib. Dia offer saya jadi pensyarah kat Kolej Legenda Langkawi yang baru dibuka..masa mula-mula dia call tu saya tak ada, mak saya yang bgtau kata Dr Abu cari..saya ni sebenarnya berdebar dah...result teruk ke? gagal ke apa ke kan..maklumlah, masa tu dok menunggu result yang terakhir..hihihi..rupa2 peluang kerjaya.

Malam tu Dr Abu call lagi, saya dengan gaya tak confidentnya tanya Dr Abu...buleh ka saya ni mengajar? subjek apa? kalau nanti result diorang teruk macamana? Dr Abu kata, "Awak trylah dulu...datang sini bawak 2 3 helai baju je...kalau agak2 tak buleh, berhenti.." wahh,....buleh try2 plak tu..hihihi..yang kelakarnya dalam saya dok was-was nak pergi ke tidak tu, masa hari pendaftaran  pertama tu, ramai betul yang hantar saya ke sana...arwah Paksu saya, maksu, mak, ayah saya, arwah paknjang saya, maknjang saya ...kirenye macam saya pulak la yang pergi belajar bukan nak pergi mengajar. hihihi...yelah pegi Langkawi kan...depa tu sebenarnya nak pi shopping dan jalan2 la tu ..:-)

Sejak hari itu, bermula la kerjaya saya sebagai pensyarah..saya kena ajar subjek C++ kepada pelajar CS10 dan CS09 iaitu program Diploma Sains Komputer dan Sijil Sains Komputer. Di Legenda ni, program2 yang ditawarkan adalah program francais UiTM. Masa tu cuma ada 3 ke 4 orang lecturer IT. Saya, Aznita dan En Zul. Yang lain dari program2 lainlah..Lecturer English, Maths, Account, Business dll.  Students ramai...satu kelas dalam 40-50 orang. Berdebar2 perasaan kali pertama sampai ke Legenda..tak ada langsung gaya lecturer..masuk kelas kali pertama tak tau macamna nak control kelas..menggeletar...so slowly belajar dari Dr Abu and yang lain-lain. Program francais ni yang susahnya adalah kita tak boleh expect apa yang akan ditanya dalam exam. Semua soalan2 exam tu datangnya dari UiTM. Result first semester (kali pertama) exam amat mendukacitakan. 75 % students tak mencapai result yang memberansangkan..hanya 25 % berjaya melepasi 2.00 . Perasaan saya ? Sedih sungguh...frust. Banyak faktor yang menyumbang sebenarnya tapi saya tak nak cerita la detailnya.

Kemudian saya dan rakan-rakan CS dan lain-lain department dah bertekad nak mengubah nasib pelajar-pelajar kami. Nota dikemaskini...perjumpaan dengan pensyarah2 senior di UiTM Arau dibuat, even kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang lemah. bilik pensyarah tu dah jadi macam bilik singgahan semua pelajar. Anytime diorang buleh datang jumpa kalau ada masalah, even pada waktu malam. At that time, walaupun kerja banyak..susah..penat tapi saya rasa saya dan kawan2 happy. Everything kami share..cerita students tak payah cakaplah..ada je kerenah budak2 ni yang dibincangkan. Students ni walaupun nakal sebenarnya manja, dan rajin. Kalau saya kenang2 balik kesungguhan mereka belajar (saya dah nak nangis ni..isk..isk...) sayu la plak...memang diorang rajin. Ada la jugak yang malas2 tu...biasa la kan, tapi ramai yang rajinlah..diorang diberikan dengan leteran (hehehhe...saya dah pandai berleter waktu tu)..motivasi dan doa yang tak putus2 dari setiap pensyarah mereka. Alhamdulillah, result pada semester kedua tu meningkat dari 25 % yang lulus semester sebelumnya kepada 75%.. bangga kan? ya..saya sangat bangga...dan saya rasa..kawan saya iaitu Mohd Nizam lah orang yang paling patut berbangga..dia ni berusaha keras sungguh..Kami sangat2 bersyukur. Banyak kenangan saya dengan pelajar-pelajar saya ni..macam2 yang kami buat sama-sama..naik gunung Raya(ke Mat Chincang ye?)..round pulau, makan2..gi jalan2. Lepak kat bilik saya sambil buat 'ketupat'..

Tahun berikutnya saya tinggalkan Legenda (banyak sebab yang mempengaruhi, yang utama adalah...ermm...). Ada students yang marah saya tinggalkan diorang padahal waktu tu semangat diorang baru nak naik..tapi saya fikir, saya tinggalkan mereka kepada orang2 yang sangat berdedikasi..saya tak perlu risau tentang itu. Masa saya nak balik for good tu ramai yang hantar saya kat Jetty..sedih..saya memang sedih..cuma saya ni orangnya waktu itulah sangat susah nak menangis, menangis kalau marah je..hihihi..even sampai sekarang kut..:-) sedih saya tu banyak saya simpan dalam hati je..

Hari ini selepas 12 tahun, saya jumpa balik melalui FaceBook bekas pelajar2 saya ni..sebelum ni semasa diorang grad saya pg jugak tengok kat UiTM Shah Alam..tapi lepas tu lost contact...sibuk dengan kerja masing-masing.

Ya Allah...Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...Bekas2 pelajar saya ni, berjaya dengan kerjaya masing-masing. Dah bekeluarga dan ada anak2..:-)...puaslah saya dok membelek FB setiap sorang yang ada tu...tengok gambar diorang, tengok info..rupa diorang terutama yang lelaki dah berubah..Matured betul..hihihi..



gambar ini sebahagian dari mereka...:-)

Tapi walau dimana juga mereka berada, apa juga yang mereka lakukan..saya cuma nak cakap yang : Saya bangga dengan setiap orang pelajar-pelajar saya ni..SEMUA sekali!.

No comments: