Monday, January 4, 2010

Merencana

Assalamualaikum warahmatullah hi waba rakatuh... to all  friends and blogger

Mulai tahun baru ni antara azam saya adalah nak mengucap salam dengan betul...(erm..buleh kire azam jugak ke? bukan wajib ke?...mmm...conpius dah siti hanim ni..)

Asyik2 salam..salam...apa la salahnya kita ucap salam yang penuh kan...maksud sejahtera lagi..kadang2 asyik nak short cut jadilah begini..begitu..kadang-kadang tu jadi akum...

Selamat tahun baru kepada semua...hari ni baru 4/1/10..kire tak terlambatlah lagi kan..apa azam anda? saya tak nak share yang detail..malu...malu...biarlah apa yang saya katakan sebagai Measurable...Realistic, Achievable  dan Specific dalam FB saya tu hanya saya sorang je yang tau..tak share..tapi yang pasti saya akan menggunakan ciri-ciri yang saya sebut2 tu..

Tetapi yang saya nak share ni sebab saya nak minta pendapat sekiranya ada lah..tentang rencana saya nak :
a) beli life insurans
b) join unit trust

Saya rancang this year walaupun terlewat bg sesetengah pendapat, saya nak mula menabung dalam skim insurans kerana lebihan duit yang ada (walaupun tak banyak) perlu dirancang untuk jangka masa panjang...kira macam melaburlah lah kan..kalau tak sah2 habis dan tak tau bg kat tokey mana(selalunya tokey Jaya Jusco)..husband saya tak ada life insuran...dia kata setakat ni company dia cover..saya pun termasuk sekali dalam coverage tu, it just that saya nak beli ni kut2 anything happened kat saya (nauzubillah) sekurang2nya family saya buleh dapat benefitsnya. Cuma...saya tak tahu Insuran yang macamana yang saya rancang nak ambik (yang pasti kena Islamic Insuran seperti Takaful). begitu jugak dengan unit trust tu mestilah dilaburkan ke perniagaan Islamic ni.


Yang kedua saya nak keluarkan duit KWSP saya untuk join unit trust. Tahun ni umur saya 35thn..bermakna kalau saya mula melabur, sekurang2nya kalau umur saya panjang, bertambahlah duit saya kat KWSP tu..nanti lagi 20 tahun saya rancang nak guna duit tu untuk jalan2 ngan husband saya. Tapi itu impian ye kawan2...tak semestinya tercapai tapi kita mimpikanlah dulu...apa salahnya.

 
And as for Unit Trust ni, saya sebenarnya kurang sikit TRUST untuk melabur ni...mungkin kena duduk dan discuss(pahamkan) dengan agent Takaful untuk dapatkan gambaran.

Above all...kedua2 ni saya nak mula bulan 2 ni..InsyaAllah..
So, saya sedang me'rikki'2 dulu the best options for both ni..Kena doa banyak2 supaya Allah memberikan petunjuk jalan dan panduan..Amin..

2 comments:

Ramona Ramli said...

agen insurans tu dah tau sapa kan kalau nak tanya??

Unit trust tu sy blh recommend agent saya setakat dia mmg sentiasa update dgn investment sy

hanimmokhtar said...

Mona,
TQ.