Monday, October 26, 2009

dan perjalanan pun bermula



Abang di Lapangan Terbang Jeddah


Bismillahirrahmanirrahim....

2 3 post yang akan kubuat khas sempena bulan haji ini adalah berkisar tentang pengalaman aku pada tahun lepas...yang aku akan kongsi mengikut kronologi perjalanan haji ku...Aku ambik keputusan untuk menulis dulu tentang perjalanan ini sebagai peringatan pada diriku sendiri akan tanggungjawab besar yang aku galas setelah pulang. Kadang-kadang terbabas juga..LALAI. titik. terikut godaan syaitan..titik. Moga-moga repitition yang dibuat oleh otak aku untuk mengimbas kembali perlaksanaan haji ini dapat mentarbiah diri aku selain dari membantu rakan-rakan mendapat gambaran tentang perjalanan haji ini.




Mula ..




perjalanan musafir kami bermula 27/11/2008 hari khamis malam, bertolak selepas solat isyak dan solat sunat musafir dirumah. Kami dihantar oleh keluarga sebelah husband aku(family aku tak dapat hantar sebab nanti susah diorang nak balik ke kedah ..sedih sungguh rasa hati bila aku peluk mak aku masa diorang ziarah seminggu sebelum kami berangkat..aku minta maaf sungguh2 dengan mak ayah aku atas segala dosa dan minta diorang doakan keselamatan kami di sana).





Tiba di Kelana Jaya sekitar jam 10.00 ..daftar, tunggu hingga disuruh masuk ke ruangan berlepas. bertolak ke KLIA dengan bas pukul 3 pagi mcm tu, tunggu subuh dan berlepas ke Jeddah sekitar jam 7 pagi.


Kami mengerjakan haji Ifrad, bermakna kami akan mengerjakan haji dahulu kemudian baru mengerjakan umrah. Jenis haji terdiri dari 3 iaitu haji ifrad, haji qiran (mengerjakan umrah dan haji serentak) dan haji tamattuk (mengerjakan umrah dahulu, bebas ihram dan kemudian niat haji dan mengerjakan haji). Apabila tiba di Qarnul Manazil(tempat miqat), kami berniat haji disitu dan bermulalah ihram haji kami denga 13 pantang larang yang perlu dipatuhi. Ada juga yang berniat umrah iaitu bg mereka yang mengerjakan haji tamattuk. Tiba di Jeddah lebih kurang pukul 11 pagi. KT dan jemaah kami ini adalah antara KT yang terakhir, oleh itu perjalanan kami terus ke Makkah dan kami akan ke Madinah sebelum pulang ke tanah air nanti.

Di Jeddah urusan check out dan sebagainya mengambil masa yang agak lama dan kami bertolak ke Makkah sekitar maghrib. Perasaan yang berbaur-baur, letih, lelah dan teruja ada dalam hati sepanjang perjalanan dengan bas ke Makkah.


Alhamdulillah .. selepas urusan check in, kami berangkat ke Masjidil Haram bagi melaksanakan tawaf Qudum iaitu tawaf selamat datang...solat sunat dan sebagainya. Alhamdulillah..bermulalah episod haji kami.



-hanim