Sunday, October 25, 2009

BILA TIBA BULAN HAJI


Hati aku sekali lagi dipaut rasa sayu dan pilu..setiap kali musim ini datang..Ianya bermula selepas balik dari umrah 2004, pernah sekali masa on the way balik dari kerja ada bas membawa jemaah haji lalu kat sebelah kereta aku diiringi dengan polis trafik, aku menitiskan air mata kesayuan...perasaan yang tak tau nak diungkapkan..sejak itu aku menanam azam nak buat mengerjakan haji dengan husband aku secepat yang mungkin..


Aku daftarkan nama aku dan husband secara online 2006..bulan 11 kalau tak silap. Then thn 2007, aku ngan husband ikut kursus dengan zahafiz travel sebab husband aku kata ada 2 3 orang kawan opis dia (kawan baik dia) nak pergi ngan zahafiz..Kami pun mula menulis surat rayuan. 2 kali surat dibuat and kursus tu diikut sampai la tamat, tapi rupanya nama kami tak terpilih utk thn tu..sebaliknya kawan2 abg semua dapat pergi..maybe Allah tak jemput sebab kami belum bersedia..maybe juga memberi ruang supaya aku dapat selesaikan kenduri adik2 aku tahun tu..


2008, sekali lagi kami ikut kursus, ulang semula bagi memantapkan pemahaman..aku berdoa tak putus2 and setiap kali ada orang pegi umrah, itulah doa yang kukirimkan, moga2 ada rezeki kami thn ni.. and bulan 7 mak ayah dan abg aku dapat panggilan ke sana mengerjakan umrah, sekali lagi doa aku kirimkan.. Surat rayuan dibuat kepada tabung haji 2 kali..ada la beberapa dugaannya..tak yah la cerita...and Alhamdulillah syukur, bulan syawal 1429, nama kami terpilih untuk mengerjakan haji..Allah hu Akbar..hajat dimakbulkan. ada macam2 perasaan..gembira..takut..sayu..sedih...semua ada...dan kami berangkat 27 Nov 2008 dan balik ke tanahair 7/1/09...Alhamdulillah syukur nikmat Allah...


dan thn ni, sekarang ni..musim ini kembali...hatiku sekali lagi dipaut rasa sayu..pilu..rasa nak ke sana lagi..mengulangi proses yang sama...


Entry ini bukan tujuannya nak bermegah2 atau berbangga yang aku dah buat haji....nauzubillah..kita hanya hamba yang kerdil tak perlu ada perasaan takbur,riak semua tu.. tetapi berkongsi rasa yang aku sedang alami..dan juga nak encourage rakan2 sekelian, jomlah kita tanamkan azam nak buat haji dalam keadaan badan yang masih sihat..ada tenaga. marilah kita doa sesungguh hati agar Allah memudahkan urusan haji kita...nanti kalau ada kesempatan aku akan berkongsi cerita tentang keadaan, tempat dan ibadat yang kita perlu lalui di sana...InsyaAllah..



dan thn ini, kakak iparku (kak Siti Zaleha @ yua dan suami abg hamdan) mendapat jemputaNya....mereka akan berangkat ke tanah suci pagi jumaat ini 29/10/09. aku doakan mereka sentiasa sihat, selamat, dan mendapat haji yang mabrur . Insya Allah..


panjangnye entry ini...:P



-hanim

4 comments:

Ramona Ramli said...

pernah nangis gak ms bas tu lalu kat tepi....

saya pun ada menanam azam..doakan ye kak

hanimmokhtar said...

InsyaAllah...
pergi daftar terus kat tabung haji..and tanam azam bila nak pg..kalau dah cukup duit, buleh buat rayuan...
above all, doa banyak2...

Teratak Hami said...

Hi Anim,
Syukur Anim dah selesai tunaikan Rukun Islam yg ke-5. Hati memang terasa sayu bila tengok jemaah-jemaah berangkat. Bila agaknya rezeki kami nak ke sana?

hanimmokhtar said...

hi aja..

InsyaAllah..sama-samalah kita berdoa..
rezeki akan datang lambat atau cepat ..
mak ayah aku selalu pesan ..yang penting kita memang tanam niat nak ke sana...InsyaAllah akan dipermudahkan...