Tuesday, October 27, 2009

Debaran Arafah


Dalam tempoh lebih kurang 10 - 11 hari menunggu waktu bertolak ke Arafah, antara rukun Haji yang telah kami lengkapkan adalah niat dan saie. Oleh itu sepanjang kami menunggu untuk menunaikan rukun berikutnya iaitu Wukuf di Arafah, aktiviti seharian kami tertumpu kepada urusan ibadat harian di samping menjaga 13 pantang larang. Bagi jemaah yang mengerjakan umrah selesai sahaja umrah pertama, mereka telah bebas dari ihram dan boleh memakai pakaian biasa. Bayangkan, abang dan beberapa rakan yang mengerjakan haji Ifrad perlu mengekalkan pakaian ihram iaitu 2 keping kain tidak berjahit sehinggalah selesai bercukur selepas melontar Jamrah Aqabah(lontaran 10 Zulhijjah) atau dipanggil sebagai tahallul awal. Di samping itu larangan seperti tidak boleh mencukur(mengunting) rambut, memotong kuku, larangan berkaitan haiwan buruan dan sebagainya perlu dijaga agar tidak terlanggar. Kekangan utama pada pandangan aku adalah rambut..kerana bimbang juga rambut gugur disebabkan kita menggosok dengan kuat. Mmm..kelemumur berkeping kat kepala abg..hihihi..



Nasihat aku, seeloknya bagi yang lelaki sebelum berangkat, potong rambut style mawi tu..hihihi. itu yang abg buat....and bagi kita wanita pun, kalau boleh rambut pendek supaya senang diuruskan. Sepanjang tempoh ini kami langsung tak ke kedai utk membeli belah (dok ingatkan dari kat M'sia lagi yang kalau nak beli apa sekalipun beli selepas habis haji). Rutin kami adalah Hotel --> Masjidil Haram --> Hotel...hotel kami duduk tu nama dia Nisma Mawaddah.





Masa ni orang betul2 ramai...MasyaAllah..SubhanAllah..tingkat bawah dan dataran sentiasa penuh sesak..tapi yg takjubnya...InsyaAllah akan ada ruang utk kita solat kalau kita betul2 nak. Kalau was2 memang tak dapat. Aku sebolehnya ingin mencari ruang yang membolehkan aku nampak Kaabah..kalau tingkat 1 susah nak nampak..tapi ada juga aku memang terpaksa naik tingkat 1.





Di Makkah tiada pengasingan saf lelaki dan perempuan, jadi kita kena pandai2 cari saf yang tidak terlalu bercampur dengan lelaki. Ada jemaah yang solat bersebelahan suami/jemaah lelaki. mengikut pendapat mazhab masing-masing. Apa yang aku buat adalah, mencari ruang saf yang ramai perempuan selalunya berdekatan Babul(pintu) Fatah. Oh ya, berjanjilah dengan suami masing-masing dekat mana nak tunggu apabila selesai solat supaya senang. Selalunya, berjanjilah dekat2 pintu nak keluar(tengok pintu apa masuk, pintu itu juga untuk keluar).


*gambar anak2 Arab sedang belajar mengaji...sangat comel..
*gambaran dataran Kaabah yang penuh dengan jemaah.

-hanim










No comments: