Thursday, October 29, 2009

Makkah..Arafah..Mudzalifah...Mina...Makkah (2)

Assalamualaikum..
Perjalanan menuju ke Arafah kami bermula selepas zohor 8 Zulhijjah, walaupun asal perancangannya adalah sekitar jam 9 pagi. Jemaah dipanggil mengikut aras masing-masing. Kami dari aras 8 dan 9 digabungkan. Apabila turun ke lobi hotel bas telah sedia menunggu. Kami beratur bersama-sama mahram masing-masing. Dalam perjalanan kami berdoa bersungguh-sungguh agar segala dipermudahkan. Jalan agak sesak dengan kenderaan. JAMMED...
Kelihatan dari jauh, ada pelbagai jenis bas, aircond, tak de aircond..even ada ada bas yang jenis lama dimana bumbungnya juga dimuatkan dengan jemaah. Terasa insaf dalam hati...sekurang-kurangnya bas kami ini elok keadaannya. Malah salah satu bas jemaah kami rosak dipertengahan jalan. Mujurlah ada yang membantu jemaah2 tersebut. Apabila masuk waktu Asar, kami diingatkan untuk solat asar kerana takut tak sempat kalau sampai di Arafah nanti. Untuk kali pertama dalam hidupku, aku solat atas kenderaan(bas). Pada masa inilah spray (yg biasa digunakan utk iron baju tu) penting. Kami guna utk berwuduk. Bagi jemaah wanita agak susah sikit nak ambik wuduk sebab perlu jaga aurat..tetapi alhamdulillah Allah permudahkan.

Tiba di Arafah menjelangnya maghrib. Kami ditempatkan di dalam khemah masing-masing dimana semua jemaah wanita diletakkan di 2 khemah besar kalau tak silap aku..begitu juga dengan jemaah lelaki. Ketika ni aku tercari-cari juga roomateku, tapi dah tak nampak..terpisah. Solat ketika di Arafah, Mudzalifah dan Mina dikerjakan secara jamak tamam, iaitu menghimpunkan 2 waktu solat(jamak) dan setiap waktu dicukupkan bilangan rakaatnya tidak dipendekkan. Contohnya Zohor dan Asar (8 rakaat) serta Maghrib dan Isyak (7 rakaat).
Malamnya kami dinasihatkan supaya berehat agar dapat memberi tumpuan kepada waktu wukuf keesokan hari. Pada pandangan aku, eloklah kita isi masa sebelah malam ini dengan solat2 sunat..zikir.. dan pastikan tidur yang secukupnya. Ada khabar mengatakan salah seorang jemaah lelaki (pilot) meninggal dunia pada malam tersebut. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Rezeki dia dapat meninggal di Arafah kan? Malam itu aku tersedar sekitar jam 1.30 pagi. walaupun masih panjang masa sebelum subuh, mata sudah tidak mampu dilelapkan. Kemudian aku ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Ramai orang. tiba-tiba bunyi seperti ada benda yang terjatuh dan bising-bising. Ada jemaah wanita tua pengsan dalam bilik air. Aku bergegas nak melihat. Tiada siapa yang berani membantu..aku terus meluru ke bilik air tersebut dan memegang makcik itu..Allah hu Akbar..masih bernyawa...Alhamdulillah. Aku jerit minta jemaah lain masuk dan bantu aku angkat makcik. Kami angkat makcik dan bawak ke kawasan lapang..petugas Zahafiz bergegas mencari petugas kesihatan tabung haji..Tak lama kemudian makcik tersebut sedar. Rupa2nya dia pengsan akibat tak tahan dengan panas sejuk kat sana. Kami semua diingatkan agar kalau nak mandi, mula dengan bahagian kaki dahulu untuk elak kejadian yang sama berulang.

lagi nanti ...

No comments: