Monday, November 16, 2009

Raudhah .. harapan melimpah

Ada beberapa checkpoint untuk sampai ke ruang Raudhah..setiap kali berhenti, ustazah akan memberikan tazkirah dan beberapa kali juga ditegur oleh polis wanita Arab tu. Ustazah kata polis2 tu melarang sesi tazkirah kerana takut kita ada mengajar ajaran bidaah...jadi ustazah bgtau polis tu yang sebenarnya dia suruh kitorang bersopan dan menjaga adab.

Airmata tak tertahankan..Mengalir perlahan di pipi..terkenang mak ayah dan keluarga. Sayu.

Akhirnya kami berhenti di last checkpoint, betul2 bawah bumbung yang boleh kembang kuncup tu..dipanggil bumbung kurma....ustazah kata tgk sebelah kiri, atas..
Ya Allah dah nampak kubah hijau dimana bawahnya adalah maqam Rasulullah s.a.w..Allah..Allah..Allah..syukur Ya Allah, aku berasa seolah-olah dekat betul dengan Rasulullah..sayu..air mata mengalir lagi..

Apabila dipanggil masuk, dengan gengaman kuat kak Faizah, kami melangkah masuk..beratur ambil giliran untuk solat..dalam bergegas-gegas masuk itu, tangan terlepas dari kak Faizah. Aku nampak dia di hadapan..lalu tumpuanku hanya pada karpet. Selagi belum berpijak pada karpet hijau kelabu itu, aku bergerak sedikit lagi ke hadapan..sambil mulut tak putus2 berselawat dan mengucap salam.

Selesai sahaja jemaah depanku solat dan beredar, aku terus ambil kedudukan dan takbir serta solat. Air mata memang mengalir laju...pada sujudku yang terakhir, aku ambil masa sedikit untuk berdoa dalam hati..memohon segala harapan yang tersimpan terutama keampunan buat aku, suami, mak ayah serta ahli keluarga yang lain..

Semasa tahyat akhir, bahuku disentuh lembut oleh polis Arab meminta aku beredar. Lantas selesai salam aku berfikir untuk memberi peluang pada orang lain pulak...cepat-cepat aku bangun dan bergerak perlahan untuk keluar tu tiba-tiba ada ruang kosong disebelah kananku yang seolah-olah terbentang untuk aku..jadi aku pun sekali lagi angkat takbir dan solat kali kedua..syukur Ya Allah, dalam kepayahan ini aku diberi peluang untuk solat 2 kali di sini...terasa seolah-olah semua harapanku menderu, melimpah keluar..walaupun hanya dalam hati...aku bisik satu persatu.

Puas...aku pun beredar keluar...Ya Allah esok aku nak mai sini lagi.....nak mai sini lagi...

No comments: