Tuesday, November 10, 2009

Ustaz marah?

Pandangan dalam khemah di Mina (masa ni ramai yang balik -Nafar Awal)

Ibadah melontar adalah ibadah yang dijalankan pada 10 Zulhijjah (Jamratul Aqabah shj),dan 11,12,13 Zulhijjah (Jamratul Ula, Jamratul Wusta, Jamrahtul Aqabah).
Bagi jemaah Malaysia kita digalakkan melontar pada malam hari. Kurang sesak.

Tetapi kami mengatur plan sendiri bagi membolehkan urusan peribadi dibuat pada waktu jemaah lain pergi melontar. Tak perlulah berebut giliran atau beratur panjang. Apa plannya? Ini hasil perbincangan dengan abg zul iaitu roomate abg yang pernah mengerjakan haji sebelum ni...Jadi kami pergi berempat..aku, abg, abg zul dan wifenya kak faizah. Kami menuju Jamrah selepas solat jamak Zuhur dan Asar iaitu sekitar jam 3.00 ptg.

Ramai? memang ramai..hayunan langkah diatur dicelah-celah kelompok jemaah dari negara lain. Panas? sedikit panas tapi di mata terbayang-bayang Jamrah, tak pikir dah pasal panas @ apa, tekad dibuat...dalam hati, yakin Allah akan membantu kami.

Kami ulang pada hari 12, dan pada hari 13 terus menuju ke tempat menunggu bas untuk balik ke Makkah. Alhamdulillah..pada keempat4 hari ni, semua level/tingkat kami dapat rasa. Bukan atas pilihan sendiri tapi mengikut aliran jemaah yang dikawal oleh Polis2 Arab. Tingkat bawah, tingkat 1, tingkat Atas..

Walaupun ada yang perli mengatakan tingkat atas lebih banyak syaitan dan sebagainya bagi aku Allah lebih mengetahui dan Dia yang mengatur perjalanan kami. Takkanlah kami nak lawan pulak abg polis Arab tu semata-mata nak melontar di tingkat bawah. bukankah Allah melarang kita berbalah,bertingkah atau berbantahan semasa mengerjakan haji?

sampai di khemah, maghrib berkumandang, kami segera membersihkan badan dan solat jamak. Pada masa inilah jemaah lain bersiap2 untuk melontar. Aku perhatikan terdapat sebilangan jemaah yang tidak turut serta. Bila ditanya ada yang mengatakan mereka mengupah orang untuk melontar bg pihak mereka.

Di dalam bangunan Jamrah
Cerita tentang upah mengupah ini rupanya telah mengundang kemarahan(kekecewaan) ustaz yang mengiringi kami. Kenapa?
1) ada jemaah yang tidak merujuk kepada ustaz sebelum mengupah orang. berkali-kali dipesan dalam ceramah sebelum berangkat. Kalau nak mengupah pastikan dengan nasihat ustaz kerana ibadah ini tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Jemaah tersebut perlu disahkan yang beliau memang tidak daya. (ustaz kata kalau solat tak buleh berdiri tu barulah ibadah itu boleh diupah).

2) Ada yang menjadi 'ustaz'/'ustazah' yang memberikan pandangan yang mengelirukan. Ada pulak jemaah yang mengikut nasihat2 mereka ini.

Apa yang menyebabkan ustaz sedih/marah/kecewa?
Ada jemaah yang mengupah pada hari 10 zulhijjah manakala hari lain beliau buat sendiri. ini bermakna sebenarnya beliau mampu melontar..jadi bagaimana ibadah melontar pertama itu?

Ada jemaah yang mengupah semua ibadah melontarnya tetapi pada hari berangkat pulang tu semasa lalu di kawasan Jamrah beliau boleh pulak ke kawasan berkenaan dan 'try' melontar.
Astagfirullah...Apabila balik ke Makkah, ustaz mengadakan tazkirah dan menyampaikan rasa kecewa dengan keadaan ini..katanya ini menunjukkan yang ibadah tidak difahami sejelas-jelasnya...dan meminta agar ini dijadikan pengajaran. Ustaz meminta setiap jemaah menyemak setiap ibadat masing2 dan memaklumkan kepada beliau dengan segera sekiranya ada kemusykilan. Wallahuaklam.

Pandangan luar Jamrah, masih dalam pembinaan


**nasihat aku, walau apa jua kekeliruan, rujuklah kepada ustaz atau mutawif pengiring. Jangan minta sebarang pendapat rakan. Bukan apa, takut silap nasihat.

No comments: