Sunday, November 8, 2009

Dik..boleh bagi makcik dulu?

Tamat semua rukun haji..yang tinggal, wajib haji melontar pada 11,12 dan 13 Zulhijjah..


Semasa mengikuti kursus haji, berulang kali kami dingatkan tentang apa yang akan kami tempuhi di Arafah, Mudzalifah dan Mina. Lautan manusia..pelbagai ragam dan perangai.

Tidak perlu basuh baju....tak ada ruang untuk basuh baju pun. Masa untuk mandi dan qada' hajat juga sekiranya boleh, minimakan. Nisbah bagi bilik air dan tandas adalah 2000 jemaah : 20. Aku selalu memikirkan bagaimana nak kulalui keadaan macam tu...biasanya kalau ada yang menunggu di luar pintu, pasti apa yang di'hajati' tidak kesampaian. Salah seorang kawan abg pula siap pesan lagi suruh bawak screwdriver. Senang katanya, nanti kalau ada kepala paip yang patah...



Oleh itu, aku sering berdoa pada Allah agar memudahkan urusan di sana....sehinggakan aku berdoa semoga aku tak diserang sakit perut dan rasa untuk qada hajat besar sepanjang tempoh tersebut. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan...Allah duga aku dalam bentuk lain...
Seawal jam 2 pagi lagi sudah panjang barisan menunggu giliran untuk ke bilik air. Aku pun ikut sama beratur. Tiba-tiba datang seorang makcik memohon izin utk beratur di depan aku..serba salah dibuatnya. Nak bagi takut pulak orang dibelakang marah. tak bagi..kesian. Abis camna nak buat. Last2 aku decide untuk bagi ruang pada makcik tersebut. Tiba giliran beratur betul2 di muka pintu, datang seorang lagi makcik.. "Dik...boleh bagi makcik dulu? tak tahan ni...". tanpa berfikir panjang aku izinkan. Takkan aku nak biarkan makcik tu terlepas hajatnya di depan aku kan? satu hal pulak nanti. Setelah masuk hari kedua, perkara tersebut berulang..aku mula tertanya-tanya...kenapa agaknya turn aku asyik kena potong? akhirnya aku buat kesimpulan, mungkin sebab orang tengok orang muda kan...:-)


Beberapa sikap jemaah kita yang tidak elok yang aku tgk...suka buang sampah merata-rata. Bayangkan pad, panty liner, plastik dibuang sesuka hati...ini menyebabkan pemandangan yang kurang enak. Walau dah diingatkan, ada juga yang mengambil kesempatan utk basuh baju di ruang yang digunakan untuk berwuduk...kurang bertimbang rasa.
Banyak2 lah bersabar...
Di Arafah dan Mina, makanan kita disediakan oleh Muassasah Arab. Mmm...maklumlah banyak yang perlu disediakan jadi kualiti makanan tidaklah sebagaimana yang kita harapkan..Ada juga jemaah yang diserang cirit birit. Oleh itu, cadangan aku..sekiranya kurang yakin dengan makanan yang diberi, gantikan pengambilan makanan tersebut dengan biskut yang banyak disediakan dan buah-buahan. Minumlah air secukupnya. Ia penting supaya kita bertenanga untuk melontar jamrah pada ketiga-tiga hari tu...


Moga dapat membantu...InsyaAllah.


Ustaz marah? lagi....nanti

6 comments:

Dr ridz said...

Salam,
Tentu sekali pengalaman haji 2008 masih segar diingatan.

Teruskan menulis dan berkongsi pengalaman.

ladyct said...

salam,
alahai nim, jenuh jgk ye... aku tgk di saluran astro oasis pasal panggilan kaabah ni pun mmg nampak mencabar... masa haji masa untuk menguji daya ketahanan diri dan iman dalam diri...

Ramona Ramli said...

alhamdullilah, akhirnye bersambung jugak...

p/s baru nak bg warning letter hehehe

hanimmokhtar said...

Dr Ridz,
w'salam..
masih segar..terbayang2. Ada yang lucu, ada yang sedih . Macam2 ada. Semalam menghantar kak ipar dan suaminya di Kelana Jaya..bila dengar rakaman talbiah tu rasa nak menangis..sayu.

Fiq,
Ada masa2nya. Masa kemuncak tu memang mencabar..menduga. Bersabar dan berdoa banyak2 itu kuncinya.

mon,
hari tu komputer buat hal..then sem baru dah mula ni..pelan la sikit update..hihihi..
dah agak dah ex-bos mesti akan bg warning letter..seb baik cepat sikit..:P

Norm said...

salam, bes baca cerita tuan blog. rasa seperti membaca novel haji. lagii??
sambung eh..

hanimmokhtar said...

norm..
tuan punya blog ni ikut sempat je..:-)

jom la sesama kita tulis..buh la cite dhania...alaaaa rindunnya ngan dhania..:-)