Wednesday, November 11, 2009

"Abg, Selamat Hari Ulangtahun perkahwinan kita yang ke 9"

Salam..maaf ye kawan2..

hihi mencelah ngan Entry khas sekejap..sempena hari Ulangtahun Perkahwinan saya dan Suami yang ke 9..

9 tahun yang lalu 11.11.00..
Dan dititipkan nukilan yang dicipta oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi...buat suami tercinta(copy dari blog klinikummi)


Sempena ulang tahun perkahwinan
Ingin kuimbau seribu kenangan
Sebagai bekal menuju ke hadapan
Moga hari esok kita lebih baik dari semalam
Dengan memanfaatkan hari ini …..yang dalam genggaman
Walau pernah kita tiba di ribuan persimpangan
Tetapi syukur, kita tak pernah hilang SATU tujuan
Sering juga kita diguris perbezaan
Namun kesetiaan kita selalu menyelamatkan
Persinggahan demi persinggahan…..
Kita tak pernah kelelahan
Usiamu adalah sungai kasihku
Setiamu adalah sumur juangku
Aku tidak akan kalah
Kerna kau sentiasa di sisi
Kau tidak akan rebah
Kerna aku sentiasa di situ… Di hatimu!

Oh suamiku,
Kau lampu suluhku di malam kelam
Kau redup teduhku di panas membahang
Sewaktu-waktu aku tinggal keseorangan
Kau tegak setia menjadi teman
Terlalu untuk kuucapkan segala
Kerna makna cinta itu luas saujana
Dan hari-hariku akan terus berlagu setia
Kerna kau berada di sini
Di hati sentiasa!
Terimakasih tak terhingga buatmu suamiku tercinta

Semoga Allah sentiasa memberikan barakah dan rahmatNya pada perkahwinan kami ini..Amin.
Hajat hati memang ingin memberi hadiah yang 'istimewa' kepada suami tapi Allah belum memakbulkan doa kami. Namun begitu, Alhamdulillah..aku bersyukur kerana bagi aku sepanjang perkahwinan ini, nikmat yang diberiNya melalui kasih sayang dari suami merupakan hadiah yang tidak ternilai kepadaku. Terima kasih bang..:-)

2 comments:

Ramona Ramli said...

congrats kak anim and en rahim.
semoga bertambah loving gitu!!!

hanimmokhtar said...

tq mon..:-)